Friday, July 22, 2011

Lagi RM 2.6 untuk cashout Churp2..

Assalamualaikum semua..Mesti korang semua gelak kan..hahaha..Orang lain dah beratus-ratus dapat..Saja nak kongsi dengan korang semua..Wave dah lama guna churp2 ni  tapi baru sekarang nak cashout..


First time nak cash out tu yang excited tu..haha..Ada lagi 2.60 mana nak cekau ni??..Best jugak kan guna churp2 ni..Kepada yang sedang guna, teruskan usaha anda..Kepada yang tidak tahu menahu, boleh daftar sekarang..


Seronok guna churp2..Bukan untuk pengiklanan je..Setakat ni wave dah dapat 2 kali tiket wayang..Jadi, jom la meriahkan churp2 ni ramai-ramai..

Jangan jadi Mujaharah..

Assalamualaikum semua Manusia memang tidak lari dari membuat kesalahan dan kesilapan..Tetapi kesalahan yang dibuat kadang2 tu sangat melampau dan menjadi maksiat..




Dari Abu Hurairah r.a. berkata:

Rasulullah saw bersabda, "Semua umatku selamat kecuali orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa (mujaharah). Dan termasuk mujaharah adalah orang yang berbuat di waktu malam yang gelap kemudian pagi harinya diceritakan pada orang lain padahal semalaman itu Allah menutupinya sedangkan pagi harinya ia membuka sendiri apa yang ditutupi oleh Allah."

(Bukhari - Muslim)

Thursday, July 21, 2011

Gol Kontroversi..Video Highlight Malaysia vs Chelsea 21 July 2011..

Pasukan Pilihan Malaysia berjaya memberi tentangan hebat kepada gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea sebelum tunduk 0-1 menerusi jaringan kontroversi, Didier Drogba pada minit ke-78 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini..




KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN KLIK SINI

Sila share page ini..Tq..

KEPUTUSAN MALAYSIA LAWAN CHELSEA 21 JULAI 2011 ASIA TOUR JULY...

Selepas 2 perlawanan persahabatan sebelum ini, malam ini Malaysia berdepan pula dengan The Blues..Pasukan senior bawah kendalian Ong Kim Swee nampaknya menerima tentangan hebat dari Chelsea..

Menurut Anelka ~
Bukan mudah untuk menghadapi pilihan Malaysia malam ini, terutamanya di hadapan peminat mereka sendiri,” kata Anelka ketika ditemui pada Klinik Bola Sepak PINTAR anjuran Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di Damansara Damai semalam.
Setiap pasukan yang menentang kami pasti mahu mencipta kemenangan tetapi begitu juga dengan keinginan yang ada dalam pasukan Chelsea.
Apa yang pasti, saya dan rakan sepasukan lain tidak memandang mudah meskipun ia hanyalah perlawanan persahabatan.
Kami semua mahu memberi aksi yang terbaik supaya dapat terpilih dalam skuad utama apabila kempen musim baharu nanti bermula,” jelasnya.



KEPUTUSAN PENUH

MALAYSIA (0) VS (1) CHELSEA
Jaringan oleh Didier Drogba pada minit ke-80

*SILA SHARE JIKA ANDA SUKA PAGE INI..TQ 

Monday, July 11, 2011

Bibir kering dan pecah-pecah..

Untuk mengatasi masalah bibir kering dan pecah-pecah, kita perlu mengetahui apa penyebab bibir kering dan pecah-pecah. Penyebabnya adalah seperti berikut:

-Pencemaran udara dan debu
-Perubahan suhu yang dapat membuat bibir tidak dapat menyesuaikan diri sehingga menyebabkan bibir pecah
-Makanan yang terlalu masam atau masin
-Merokok,selalu minum kopi atau minuman alkohol
-Kurang makan buah atau sayuran
-Kurang minum air
-Menggunakan kosmetik yang bahan kimianya terlalu keras atau karena alergik terhadap kosmetik tertentu
-Ubat gigi yang mengandung banyak detergen
-Sering menjilat bibir dengan air liur


Ini adalah petua tradisional tips jaga bibir agar bibir anda kelihatan berseri dan kemerah merahan. Terdapat 4 petua jaga bibir di sini pilihlah mana yang sesuai bagi anda untuk mengamalkan tips jaga bibir anda sendiri.

Tips jaga bibir yang pertama ialah Sapukan dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.

Tips jaga bibir yang keduanya ialah Sapukan getah pokok sena yang bewarna merah ke tempat yang pecah dalam masa dua hari luka pasti sembuh.

Tips Jaga bibir yang ke tiga ialah sapukan pati susu pada bibir setiap hari insyallah bibir akan kelihatan lembut dan kemerah-merahan. 

Tips jaga bibir yang ke-empat pula ialah bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia terseebut pada bibir untuk menghasilkan bibir lebih menawan dan kemerah-merahan.

sumber - SINI dan http://gediq.com

Hidup ini dimulakan dengan tangisan..

Musibah..

Bak kata bijak pandai, "hidup ini dimulakan dengan tangisan, diakhiri dengan tangisan dan diselangi juga dengan tangisan"..

Kata2 yang cukup untuk menyatakan tidak semua di dunia ini indah, pasti ada cabaran dan dugaannya..
Kita tak bleh lari dari musibah, tak kira kecil atau besar, kita tetap akan berhadapan dengannya..


Kenapa Allah turunkan musibah?

1. Allah nak uji keimanan seseorang itu..

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja)
mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta

~ Surah Al-Ankabut ayat 2-3~

2. Allah nak lahirkan sifat SABAR dalam diri kita.

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
~ Surah Al-Imran ayat 200~

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’,
~Surah Al-Baqarah ayat 45~

3. Allah nak bagi pahala kepada kita.

Nabi bersabda :-إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.”
( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)

4. Allah nak kita bersyukur dengan nikmat yang kita ada..

Kadang-kadang, kita akan mula menghargai sesuatu bila ia dah hilang..
kita kan manusia, selalu lupa, terutama nikmat2 yang kita dapat secara percuma ni..
Nikmat sihat, rezeki, masa lapang...

Sunday, July 10, 2011

Apabila hati mula gelisah..

Assalamualaikum semua..rindu la kat u'all semua..hahaha..Kadang-kadang kita tak sedar yang kita sebenarnya ada masalah..Tapi, kadang-kadang masalah yang kecik kita rasa macam masalah tu besar sangat..Jadi, bagi yang mempunyai masalah, selesaikan masalah anda..Semakin kita lari dari masalah kita, rasa semakin dekat masalah tu datang..


Ya, memang betul setiap orang ada masalah..Tapi, tahap nak menghadapi masalah adalah berbeza bagi setiap orang..Ada yang berani ambik risiko..Ada yang tidak berani..Ada yang nak lari dari masalah..Anda semua ada kat mana?? Masalah pun ada banyak tahap dan level kan..Macam main game..Kalau level satu senang..Kalau level tinggi, susah sikit..Bila kita main banyak kali, mesti level yang tinggi dah jadi senang kan..Macam tu jugak masalah..Apabila kita sering ditimpa masalah, kita kan lebih matang untuk masalah seterusnya..

Jadi, jangan lari dari masalah..Cuba sedaya upaya..InsyaAllah kita boleh..

Saturday, July 9, 2011

Bukan ada peperangan pun...

“Kini polis menutup puluhan jalan, apakah ia tidak menyebabkan sesak?

“Apakah dengan tutup semua jalan, larangan masuk KL tidak merugikan peniaga?”

KEADAAN lengang dan tenang sepanjang jalan Tun Perak menuju ke Dataran Merdeka apabila polis mengumumkan penutupan laluan ke Kuala Lumpur..

Selepas Agong bertitah, Perdana Menteri sendiri memberikan cadangan agar perhimpunan aman itu diadakan di stadium, pilih mana-mana stadium, bertempiklah sampai pagi pun kita tak halang.

“Belum pernah dalam sejarah negara, ada rakyat sendiri tidak dibenar masuk dan bergerak bebas ke ibu kota dengan puluhan jalan ditutup, sekatan jalan raya di seluruh negara, stesen bas dipindah, permit bas dibeku, apa-apa yang kuning dilarang dan lebih kronik lagi semua polis, FRU dan tentera diarahkan untuk standby …’macamlah’ negara berada di ambang perang,”

Untuk Berita Penuh sila KLIK SINI..

Friday, July 8, 2011

Jadual Perlawanan Malaysia bagi Kelayakan Olimpik 2012..

Malaysia merupakan wakil tunggal Asia Tenggara,yang bakal berentap dengan negara yang mempunyai rekod mutu bola sepak yang baik..Berikut adalah jadual lengkapbagi pasukan Malaysia untuk Kelayakan Olimpik 2012..


21 September : Japan vs MALAYSIA

23 September : MALAYSIA vs Syria

27 November : MALAYSIA vs Bahrain

5 February : Bahrain vs MALAYSIA

22 February : MALAYSIA vs Japan

14 March : Syria vs MALAYSIA

Untuk senarai kumpulan KLIK SINI..

Amaran Polis Bersih 2.0..


PENGGUNA Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Seberang Jaya, Pulau Pinang menghala arah selatan dapat melihat skrin elektronik mengeluarkan kenyataan amaran daripada pihak polis berkaitan perhimpunan haram. - Foto Rosli Ahmad

Sumber - FanPage FB Berita Harian..

TUNTUTAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 9 JULAI 2011..


1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali. 

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Senarai Roadblock Polis dan Jalan KL yang ditutup sempena BERSIH 2.0..

Penutupan jalan di Kuala Lumpur sempena BERSIH 2.0 ini adalah bermula jam 12..Antara jalan-jalan yang ditutup :


1. Lebuh ampang.
2. KLCC.
3. Bank negara.
4. Dataran Merdeka.
5. Sogo.
6. Chow Kit.
7. Menara Sultan Ismail.
8. Masjid Negara.
9. Jalan Raja Chulan.
10. Jalan Ipoh.
11. Sentul.
12. Jalan TAR.
13. Jalan P. Ramlee.
14. Jalan Bandar.
15. Subang Jaya (near Segi).
16. Sunway Pyramid and Subang Parade.
17. Federal Highway.
18. LDP.
19. KL-Seremban highway di Seri Kembangan..


Senarai Roadblock Polis :

1) Putrajaya to KL, towards Kajang toll from Bangi,

2) Jalan Enggang towards AU2 and AU3,

3) from Damansara toward Penchala,

4) after Bukit Jelutong/Shah Alam traffic into Kampung Subang,

5) Damansara toll to Kayu Ara,

6) Subang airport road..

7) Jalan Haji Sirat to Taman Sri Pekan, Klang

8) front of Monash University towards Cyberjaya,

9) Jalan Kampung Pandan into KL...

10) Jalan Kuari..

11) Banyak lagi....

Sila delete mesej-mesej dalam handphone anda yang berkaitan dengan politik dan ada words BERSIH. Polis road block akan periksa. Polis di Kuala Lumpur akan periksa handphone secara rambang dan penahanan serta-merta akan dilakukan bagi membantu siasatan..

**Sila klik share button di atas..TQ..

sumber - ALL IN ONE dan munnafendy

Kelayakan Olimpik 2012 - Malaysia Kumpulan C..

Berikut adalah undian penuh peringkat kumpulan bagi Olimpik 2014 :


KUMPULAN A

Oman
Arab Saudi
Qatar
Korea Utara

KUMPULAN B

UAE
Uzbekistan
Australia
Iraq

KUMPULAN C

Syria
Bahrain
Jepun
Malaysia


Perlawanan peringkat kumpulan akan bermula pada 21 September 2011 sehingga 14 Mac 2012…Juara kumpulan automatik akan ke Olimpik 2012 manakala naib juara bagi setiap kumpulan akan bersaing sesama sendiri untuk merebut satu tempat dan memasuki ke pusingan “playoff” menentang wakil dari zon Afrika untuk slot terakhir ke Sukan Olimpik 2012…

credit to akmalhilmi.com

Pertukaran Terminal Bas pada 8 dan 9 Julai 2011..

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini mengumumkan perpindahan operasi beberapa terminal bas utama di ibu kota bermula jam 12 tengah malam esok hingga jam 10 malam Sabtu bagi memastikan perjalanan bas ekspres tidak terganggu.

Operasi bas di Terminal Puduraya (kecuali laluan Kuala Lumpur-Seremban) dan Terminal Pekeliling dipindahkan buat sementara waktu ke Hentian Duta, manakala operasi bas di Hentian Putra dan laluan Kuala Lumpur-Seremban yang beroperasi di Puduraya dipindahkan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Bagi perkhidmatan bas henti-henti yang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur, hentian terakhir adalah di Stesen LRT/monorel Titiwangsa untuk perjalanan dari arah Jalan Semarak, Jalan Setapak/Genting Kelang, Jalan Ipoh, Jalan Kuching dan Jalan Duta; Stesen Dato Keramat untuk perjalanan dari Jalan Ampang.

Stesen LRT Maluri untuk perjalanan dari Jalan Kampung Pandan, Jalan Cheras; Stesen monorel KL Sentral - untuk perjalanan dari Lebuhraya Persekutuan masuk melalui Jalan Bangsar – Jalan Travers – Jalan Tun Sambanthan; Stesen monorel KL Sentral untuk perjalanan dari arah Jalan Damansara.

Sumber - Berita Harian..

Thursday, July 7, 2011

Tawakkal Pada Allah..

Dengan tawakal kita juga akan selalu bersyukur jika mendapatkan kesenangan dan sabar apabila mendapatkan cubaan.dalam Al-Qur’an Allah swt. berfirman yang ertinya:

Dan barang siapa yang tawakal kepada Allah, maka Allah akan menyukupinya.


Selain itu, Rasulullah saw. bersabda yang ertinya:

Diceritakan dari sahabat Umar r.a: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Apabila kamu semua bertawakal kepada Allah dengan sungguh-sungguh. maka Allah pasti akan memberikan rezeki kepadamu seperti Allah memberikan rezeki kepada burung. Burung itu berangkat dari sarangnya pagi hari dengan lapar kemudian kembali pada sore hari dalam keadaan kenyang (H.R. Tirmidzi) al hadist hasan.

Berdasarkan firman Allah dan Hadis diatas dapat kita simpulkan bahwa Allah swt. akan menjamin rezeki orang-rang yang memiliki sifat tawakal. Hal ini harus kita yakini kerana hal tersebut adalah janji Allah dan Rasul-Nya.

Kesimpulan :
Pertama:
Sebagai manusia kita harus menyedari bahawa apapun yang kita terima baik itu kejayaan mahupun kegagalan semuanya bersumber dari Allah swt.

Kedua;
Kita harus mampu meningkatkan keyakinan kita, atas kekuasaan Allah swt. yang mampu berbuat atas kehendaknya.

Ketiga:
Perlu ditanamkan sifat tawakal dalam hati kita, agar kehidupan kita dijamin Allah, memiliki kelapangan hati dalam menerima keputusan Allah, serta dijauhkan dari kekufuran kerana su’udzan kepada Allah swt.

Allah swt. telah berfiman yang ertinya:

Bersyukurlah kamu maka akan Aku tambahkan nikmat Ku (kata Allah), dan janganlah
kalian kufur pada nikmat-nikmatku, karena sungguh adzabku teramat pedih

Perang Dah Tamat - Malique ft rabbani


Selamat mendengar !!



Lirik Perang Dah Tamat

(Sheikh Imran Hosein - Intro)
The world now lives in fear
We are afraid of everything

(korus)
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umat manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

(ulang korus)

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang dah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

[ulang korus]

(bridge)
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita ada akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

(ulang korus 2x)

(Sheikh Imran Hosein - Outro)
War must therefore be made illegal

Sinopsis Captain America : The First Avenger..


Release Date: 28 July 2011
Language: English
Genre: Action / Adventure
Director: Joe Johnston
Cast: Chris Evan, Samuel L. Jackson, and Hugo Weaving





Sinopsis - Setelah dianggap tidak sesuai untuk perkhidmatan ketenteraan, Steve Rogers secara sukarela untuk menjalankan projek penyelidikan rahsia yang menukarkan dirinya kepada Kapten Amerika, superhero yang bertujuan untuk mempertahankan cita-cita Amerika...

**Sama-sama kita saksikan di pawagam berhampiran dengan anda.. 

Wednesday, July 6, 2011

Carta Kedudukan Akhir Liga Super 2011..

Tahniah kepada Pasukan Kelantan..

Kelantan Juara Liga Super 2011..

Kelantan dinobatkan sebagai juara Liga Super 2011 selepas menewaskan Sabah 2-1 pada perlawanan terakhir..Selepas 26 perlawanan Kelantan berjaya memungut 56 mata manakala Terengganu di tempat kedua dengan 53 mata..

Untuk keputusan penuh perlawanan KLIK SINI..


Tempat ketiga Selangor dengan 52 mata dan Kedah di tempat keempat dengan 45 mata..


Manakala kasut emas digondol oleh Abdul Hadi Yahya dengan 20 gol manakala NorShahrul Idlan Talaha di tempat kedua dengan 19 gol..

Tahniah kepada Pasukan Kelantan!!

Keputusan Liga Super 6 Julai 2011..

Assalamualaikum semua..kesemua 7 perlawanan berlangsung malam ini..Sila update keputusan anda di sini..Saingan Liga Super  Malaysia 2011 akan berakhir malam ini. Sejak edisi sulung Liga Super diperkenalkan pada 2004, belum pernah berlaku, penentuan juara terpaksa dibuat sehingga perlawanan terakhir. Namun malam ini bakal menentukan siapakah yang lebih layak bergelar juara dan majlis penyerahan trofi akan diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, Jumaat ini.

Salah satu daripada pasukan iaitu Selangor, Kelantan atau Terengganu yang bakal dinobatkan selaku juara Liga Super 2011 sekaligus menempah tiket layak beraksi pada Piala AFC 2012.



KEPUTUSAN SEMASA~


Felda United (2) - (6) Terengganu
 min17 - Ree Shafiq Alwi (TER)
min 18 -  Abdul Manaf Mamat
(TER)
min 22,42,70,82 - Abd Hadi Yahya (TER)

Harimau Muda (2) - (2) Johor FC
min 7 - Edy Helmi (JFC)
min 45 - Fariz Daniel (HM)
min 90 - Wan Zack Haikal (HM)
min 90 - Md. Ridhwan Moya (JFC)

Negeri Sembilan (2) - (0) Perlis
min 40 - Ahmad Fakhri Saarani (NS)
min 60 - Shahurain Abu Samah (NS) 

Pahang (0) - (1) Kedah
min 70 - Fikri Mat Isa (KED)

T-Team (2) - (3) Kuala Lumpur
min 4,30,72 - Badrul Hisyam Azmi (KL)
min 33 - Indra Putra Mahayuddin (TT)
min 81 - Shamsul Kamal Mohamed (TT)
 
Perak (0) - (0) Selangor

Sabah (1) - (2) Kelantan
min 6,73 - NorShahrul Idlan Talaha (KEL)
min 77 - Razlan Oto (SAB)

**Keputusan penuh perlawanan akan diupdate selepas perlawanan tamat..


Kedudukan semasa setakat ini..


PMR is right around the corner!

SPM's this year!!!!

 

Menangi Tiket Malaysia vs Liverpool, Chelsea dan Arsenal Asia Tour 2011..

Assalamualaikum..Kepada semua peminat bolasepak tempatan dan luar negara, anda berpeluang untuk memenangi tiket perlawanan secara percuma..Hanya perlu melakukan beberapa perkara mudah..Tunggu apa lagi..Di sini wave sertakan beberapa syarikat yang menawarkan tiket ini :


1 - Era FM
2 - Suria FM
3 - Sinar FM
4 - Motor Trader
5 - Hitz FM
6 - Mix FM

dan banyak lagi..

Review dan Sinopsis Tolong! Awek Aku Pontianak!

Sinopsis filem Tolong Awek Aku Pontianak..


Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.


Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.


Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu?

Menarik filem ni..Jom tgk ramai2..

Penjual Baju T-Shirt BERSIH..

KOTA BAHARU: Seorang peniaga hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh menjual ratusan baju-T yang tertera perkataan yang mempunyai kepentingan pertubuhan haram.


Dia didakwa menjual sebanyak 388 helai baju T berwarna kuning bertulisan BERSIH bagi kepentingan satu pertubuhan haram di sebuah pasar pagi di Jalan Datuk Pati di sini pada jam 10.45 pagi lima hari lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali kerana memiliki pakaian dengan perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram.




berita penuh --> http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PeniagadituduhjualbajuTpertubuhanharam/Article

Tuesday, July 5, 2011

Jadual Liga Super 6 Julai 2011..

6 Julai 2011


8:45:PM N. Sembilan lwn Perlis (Stdm TAR, Paroi)

8:45:PM Pahang lwn Kedah (Stdm Darul Makmur)

8:45:PM Harimau Muda A lwn Johor FC (Stdm S. Alam)



 

8:45:PM T-Team lwn K Lumpur (Stdm S.I.N.S.)

8:45:PM Felda United FC lwn Terengganu (Stdm MBPJ)

8:45:PM Perak lwn Selangor (Stdm Ipoh)

8:15:PM Sabah lwn Kelantan (Stdm Likas) - LIVE Astro Arena..

p/s - Perlawanan terakhir Liga Super 2011..Pasukan manakah yang akan dinobatkan sebagai juara..Kelantan?? Selangor ?? Terengganu??

Apakah pilihan anda??

Resipi Menambah Kecintaan Kepada Allah..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Moga kita semua dalam rahmat Allah. Sesungguhnya kasih sayang dan cinta Allah itu terlalu manis dan membahagiakan kerana Allah adalah pemberi nikmat cinta, kasih dan sayang itu sendiri.

Subhanallah!


Syeikh As Syibli pernah mengatakan seperti dinukilkan oleh Imam An Nawawi dalan Nasa'ih al-'Ibad ;

"'Apabila engkau telah mengecapi manisnya dekat dengan Nya pasti kamu mengetahui betapa pahitnya putus hubungan denganNya".

Saudara-saudaraku sekalian, ayuh sama-sama kita rafakkan cinta pada Allah. Manisnya itu tidak terkata dan boleh saya katakan bahawa kecintaan kepada Allah adalah dorongan utama untuk diri saya bermujahadah melawan nafsu, mengisi yang perlu dan menolak yang suka.

Amalkan segala suruhan Allah SWT dengan bersungguh-sungguh.

Jauhilah segala larangan Allah dan jangan sekali-kali mendekatinya. Ingatlah bahawa iman itu bukanlah dengan angan-angan tetapi dengan mujahadah kita menerusi perlakuan dan amal.

Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala hal.

Sentiasa berdoa kepada Allah sesungguhnya Allah suka pada hambaNya yang meminta kepadaNya.

Redha atas ketentuan Allah SWT sama ada baik mahupun buruk kerana itulah ujian keimanan qada dan qadar dariNya

Anggaplah dunia sebagai sebuah penjara. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Rasulullah saw, "dunia itu adalah penjara bagi orang muslim dan syurga bagi orang kafir"

Sentiasalah perbaharui cinta dengan Allah SWT.

Ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT sahaja

Cintailah apa sahaja yang dicintai oleh Allah SWT dan bencilah apa sahaja yang dibenci oleh Allah SWT.

Dari Abu Darda' r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, antara doa Nabi Daud a.s. ialah

"Ya Allah Ya tuhanku, aku memohon kasih sayangMu dan kasih sayang orang yang mencintaiMu, serta kasihkan amalan yang mendekatkanku kepada cintaMu. Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah kasihMu lebih aku sukai berbanding diriku sendiri dan ahli keluargaku dan daripada air yang sejuk"

Wallahua'lam.

Monday, July 4, 2011

Tiket Free Liverpool Tour Malaysia dari Motor Trader Facebook..

Assalamualaikum kepada semua peminat Liverpool Malaysia..Fan Page Motor Trader telah mengadakan satu lucky draw untuk memberikan tiket free kepada anda semua..Hanya perlu menjawab 3 soalan mudah yang jawapannya telah diberikan dalam page tersebut..

Kemudian isi sedikit maklumat dan anda telah layak untuk memenangi tiket liverpool vs Malaysia di Bukit Jalil nanti..Tunggu apa lagi..Hanya beberapa langkah mudah anda berpeluang mendapatkan tiket tersebut secara percuma..Just klik iklan di sidebar blog ini seperti gambar dibawah..


Sunday, July 3, 2011

Video Gol Malaysia vs Chinese Taipei - 3 Julai 2011..



Malaysia 1 - Chinese Taipei 0 ..Gol Pertama - Aidil




Malaysia 1 - Chinese Taipei 1 ..Gol Kedua - Chang Han



Malaysia 2 - Chinese Taipei 1 ..Gol Ketiga - Safiq Rahim




Malaysia 2 - Chinese Taipei 2 ..Gol Keempat - Chen Po Liang



Malaysia 2 - Chinese Taipei 3 ..Gol Kelima - Xavier Chen



credit to - www.sokernet.com

Keputusan Chinese Taipei vs Malaysia - PERLAWANAN BOLASEPAK KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014

~Keputusan Penuh~

Chinese Taipei  3  vs  2  Malaysia


Pada minit ke 7 Malaysia telah mendahului Taiwan dengan Jaringan daripada Aidil.Pada minit ke 32 TAIWAN pula telah menyamakan kedudukan.SHAFIQ menjaringkan Gol kedua yang menyaksikan MALAYSIA mendahului TAIWAN 2 - 1.Kemudian pasukan TAIWAN mendapat tendangan penalti pada minit akhir yang menyaksikan kedudukan berubah menjadikan kedudukan terikat 2 MALAYSIA dan 2 TAIWAN. Nampaknya kedudukan berterusan sehingga wisel pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua Taiwan dihadiahkan lagi dengan 2 sepakan penalti..Penalti pada minit ke 62 telah  berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia..3 kad kuning telah dilayangkan dan kali ini Penjaga Goal MALAYSIA SHARBINIE pula dilayangkan kad kuning setelah menjatuhkan pemain TAIWAN. Tendangan penalti kepada Pasukan TAIWAN pada minit ke 75 dah jaringan telah dilakukan. TAIWAN telah mendahului MALAYSIA dengan 3 TAIWAN 2 MALAYSIA menyaksikan Agregat telah berubah 4 MALAYSIA dan 4 TAIWAN.Gol dijaringkan oleh Xavier Chen.

Perlawanan tamat dan Malaysia layak ke pusingan seterusnya dengan kelebihan gol di tempat lawan..


Taiwan Vs Malaysia - 3 Julai 2011..6.45 Petang Astro Arena dan TV2..

Petang ni perlawanan timbal balik pertemuan Malaysia vs Taiwan yang akan berlangsung di Taiwan selepas Harimau Malaya berjaya memenangi perlawanan pertama di Bukit Jalil tempoh hari. Malaysia berbekal kepada jaringan 2-1, belum cukup pasti untuk melayak dengan mudah..


Perlawanan antara Taiwan vs Malaysia juga akan disiarkan secara langsung di Astro Arena(801) dan RTM di TV2 bermula 6:45 petang.

Bersama kita menyokong pasukan kebangsaan kita. Malaysia Boleh !!!..Anda juga boleh menyaksikan live di PC anda..

www.livetvcenter.com

http://www.rtm.gov.my


Saturday, July 2, 2011

WE CARE: HARAP SEMUA BLOGGER DAPAT BERSATU UNTUK MEMBANTU PUAN NORMA DAN KELUARGA..


Puan Norma dan keluarga memerlukan bantuan untuk membiayai perbelanjaan perubatan Puan Norma yang menghidap penyakit kanser. Untuk kisah lanjut anda boleh ke blog Moon

Di sini lah peranan blogger perlu dimainkan. Kita sama-sama lah hendak bersatu supaya menyebarkan berita ini supaya ada pihak-pihak yang berkenaan tahu dan amik tindakan untuk membantu Norma dan keluarga,

Peranan blogger sangat besar, dari hanya menulis cerita-cerita mengenai artis atau pon politik apa kata kita sama-sama sebarkan pasal berita ini untuk membantu Norma dan Keluarga.

Pada blogger yang mempunyai pengaruh di mana mempunyai followers beribu-ribu anda boleh gunakan kelebihan anda ini untuk membantu..

Setiap blogger tak kira lah banyak mana pon followers anda, perlu memainkan peranan masing-masing..

Jadi, wave ingin mengajak semua supaya dapat sebarkan bagi membantu meringankan beban Norma dan keluarga.

Blogger We Care

Nota Kaki - Aku galakkan semua meletakkan banner tersebut di blog masing-masing.

Lelaki kena panah petir 6 kali selamat..

OCONEE (Carolina Selatan): Seorang lelaki Amerika Syarikat mencatat keajaiban tersendiri apabila masih selamat selepas disambar kilat sebanyak enam kali dan hanya mengalami lecur ringan selepas kilat menyambar jam tangannya.

Melvin Roberts melecur di bahagian kaki dan tapak kaki, tetapi jam tangan yang dipakainya meninggalkan tanda lecur selepas disambar petir.
Roberts berkata, beliau selamat dalam lima kejadian disambar petik sebelum ini dan mempunyai parut di badannya.

“Mereka kata kilat tidak menyambar orang yang sama dua kali tetapi ia berlaku,” katanya. Robert disambar kilat Isnin lalu apabila keluar rumah ketika ribut untuk meninjau ternakan ayamnya.



“Saya keluar untuk menutup pintu reban supaya selamat. Tetapi, apabila saya bangun, saya berdarah dan terbakar serta berada dalam keadaan keliru manakala beberapa ekor anak ayam maut.”

Apa yang diingatinya ialah keluar ke kebun dan dikejutkan di hospital dengan isterinya Martha berada di sisi.

“Saya tidak faham. Ia seperti Tuhan mahu memberitahu saya sesuatu tetapi saya tidak mengetahui apa maknanya,” kata Roberts.
Serangan terbaru menyebabkan jam tangan yang dipakainya meninggalkan kesan lecur dan berhenti pada jam 4.25 petang.

Robert pernah disambar kilat pada 2007 dan mengalami cedera teruk menyebabkan beliau terpaksa berkerusi roda selama setahun selepas mengalami kerosakan saraf pada kakinya.

Kejadian itu menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan kerjanya sebagai pengendali jentera berat. Martha berkata, kali pertama beliau bertemu, beliau sukar untuk percaya lelaki itu sudah disambar kilat dua kali.

Kejadian ketiga meyakinkan beliau sama ada suaminya itu seorang yang bernasib baik atau terkena sumpahan.

Beliau percaya, peluang suaminya disambar kilat meningkat apabila keluar rumah sewaktu ribut.

Roberts berkata, serangan kilat yang dilaluinya hampir sama dengan kisah hidup beliau yang sudah berkahwin sebanyak lima kali.

“Saya sudah kahwin lima kali dan disambar kilat sebanyak lima kali. Isteri saya berkata ini adalah kali keenam. Saya tidak akan meninggalkan isteri saya, jadi saya akan cuba untuk melakukan sesuatu yang berbeza.

“Saya tidak mengatakan takut disambat petir tetapi saya akan belajar lebih menghormati. Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja.”

Saintis sedang mengkaji mengenai satu dalam sembilan juta peluang untuk disambar kilat sebanyak dua kali tetapi belum berhadapan dengan kes membabitkan disambar kilat sebanyak enam kali. – Agensi


Friday, July 1, 2011

Ampunilah aku Ya Allah,

Ya Allah


aku lemah aku banyak dosa,
aku suka mengeluh,
aku kerap lalai dan alpa,
Ampunilah aku Ya Allah,
ampunilh diriku dengan pengampunan
oleh sifatMu yg Maha Pengampun,
Maha Pengasih & Maha Penyayang..
Mudah-mudahan tanpa banyak hisab
dan tanpa banyak syarat,
sebagaimana ibubapaku memaafkn aku tanpa syarat,
mengasihiku tanpa mengharapkan balasan..