Thursday, July 15, 2010

Mohon Maaf dari saya kepada Semua peserta contest..

Assalamualaikum,kepada semua peserta contest yg waveX anjurkan dulu...mohon maaf kerana terpaksa menghilangkan diri kerana terdapat sedikit mslh peribadi..

Bg sesiapa yg masih belum mendapat ganjaran sila tuntut secepat mungkin..Keputusan contest ada di sidebar blog ni..

Bagi yg mendapat Cd tu diminta dpt bg alamat dgn segera..Untuk tujuan mengepos hadiah..Farhanin,Zai Kulim, Franky Sedok, & Qistina..Sekian..

Wednesday, July 14, 2010

SETULUS CINTAMU MUJAHId

“Ummi, siapa walid saya?” Tanya si kecil.
“Walidmu seorang pejuang nak….” Jawab si ibu.
“Di mana walid?” soal si kecil lagi.
“Di jalan Allah nak,” jawab si ibu ringkas.
“Bila saya boleh berjumpa walid, ummi?”
“Sabarlah sayang, suatu hari nanti pasti kan kau akan bertemu dengan walidmu.”

* * * * *
 
Kehidupan sebagai pelarian di Genting Gaza cukup meruncingkan. Hidup tidak ubah seperti seekor ayam kampung. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Itu pun kalau ada rezeki untuk dikais.
 
Tambahan pula kehidupan sebagai seorang ibu tunggal seperti Jannah. Jannah terpaksa menyara anaknya Mujahid yang masih kecil. Untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah yang diberkati ini, dia terpaksa berjalan kaki sejauh 5 km dengan melalui 7 pos kawalan tentera Israel untuk menjual rotinya di pasar Gaza. Pelbagai cemuhan dan cacian yang diterima setiap kali melalui pos-pos kawalan tentera Israel itu.
 

Tuesday, July 13, 2010

Kenapa tak boleh log in gengblogger..Tolong!!!!

Salam semua..pesal x boleh log in ek..pening dah nie..Ramai lg yg jd mcm ni.
Ni ada terjumpa satu blog yg ckp dia pun x bleh log in..Ape masalahnya?? X kan kena ban kot..


Kepada expert2 blogger,harap2 dpt membantu ye..TQ

Monday, July 12, 2010

Suatu Penerbangan

SATU  PENERBANGAN. ..

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu  Kubur dan Akhirat.
Maklumat tentangnya tidak terdapat  dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

1.penerbangan bukannya melalui Air   Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.


2.bekalan kita bukan lagi beg  seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada  caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudianPencipta  kita.


3.bajunya bukan Pierre Cardin,  Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.


4.pewanginya bukan Channel atau Polo,tetapi air mawar dan  cendana.