Monday, January 3, 2011

Modul Baru PLKN 2011..

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memperkenalkan modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mulai Mei ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata PKRS bukan modul pendidikan seks, sebaliknya mendedahkan pelatih permasalahan masyarakat, terutama remaja yang bersesuaian dengan keperluan semasa.

Katanya, modul PKRS dirangka dengan mengambil kira keperluan dan sensitiviti pelbagai kaum berdasarkan konsep 1Malaysia.

“Bagi memastikan modul itu tidak menyinggung mana-mana pihak, JLKN akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” katanya setelah melepaskan 1,200 pelatih pada majlis Pelancaran Pergerakan Pelatih PLKN kumpulan satu siri 8/2011 di Padang Bangunan Zetro, di sini semalam.

Seramai 140,000 pelatih mengikuti PLKN tahun ini dengan 40,308 terpilih dalam kumpulan satu yang mengikuti latihan tiga bulan membabitkan 79 kem di seluruh negara, mulai semalam.

Ahmad Zahid berkata, JLKN diberi tempoh sehingga April ini untuk merangka modul dan menyediakan latihan kepada jurulatih.

“JLKN perlu mengkaji pelaksanaannya supaya tidak bertindih dengan kandungan modul sedia ada. Beberapa modul termasuk Modul Integrasi dan Modul Penyalahgunaan Dadah akan dikaji semula untuk disesuaikan dengan PKRS,” katanya

Beliau berharap modul baru itu menjadi pemangkin PLKN membentuk remaja sihat, berakhlak dan berupaya menghadapi cabaran.

credit to BH

Kepulangan Dari Puncak Gunung Nuang..

Assalamualaikum semua..Setelah semalaman berkhemah di Kem Pacat Gunung Nuang, waveX telah selamat tiba di rumah petang tadi..Keletihan yang teramat sangat membuatkan rasa tidak bermaya..


Lepas balik dari gunung Nuang, terus tertidur..Tak sempat nak update blog..Malam ni pun rasa letih lagi..Kaki pun sakit-sakit..Ingatkan nak cerita kisah di Gunung Nuang semalam..Tapi disebabkan keletihan waveX terpaksa tangguh dulu la ye..

InsyaAllah esok atau lusa entry tentang perjalanan ke Gunung Nuang akan ditulis..Thanks sebab sudi baca blog waveX..

Saturday, January 1, 2011

Tauge Mampu Tingkat Kesuburan..

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.


Tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya

Bunga Api Malam Tahun Baru 2011..

Assalamualaikum semua..Keindahan bunga api yang memancar di sekitar KLCC hanya dapat diperhatikan oleh waveX dari jarak jauh..Bukan x nak keluar..Roadblock konpem banyak malam-malam macam ni..So tengok dari rumah je la..

Lagi cantik permandangan dari jauh..Bergemerlapan KL tadi..Yang lawaknya belum pukul 12 lagi dah ade 2,3 tempat yang dah pasang mercun..Semangat betol..Tepat pukul 12 baru kat KLCC bunga api naik..Memang cantik...Konfem mahal....Korang nak tengok jugak ke..waveX ade ambik gambar tapi x clear..Jauh sangat..

Gambar pun ambik guna ipod je..Kamera member pinjam..


bunga api kat sebelah menara kl tu

yang ni gambar klcc..nampak x yang jauh tu..



Semua gambar ni diambil dari rumah..hehe..Maaf la yer..X nampak ape pun..Gambar x berkualiti...Gadget murah..
Bunga api view dari bilik hotel traders hotel kuala lumpur. (gambar ni waveX curi kat FB..member punye..)