Tuesday, April 5, 2011

Jadual Liga Super 2011 : 5 April 2011..



KEDAH VS JOHOR FC

NEGERI SEMBILAN VS K. LUMPUR

PAHANG VS TERENGGANU

HARIMAU MUDA VS SELANGOR

T. TEAM VS KELANTAN

FELDA UNITED VS SABAH

PERAK VS PERLIS

Antara perlawanan yang berlangsung malam ini..Perlawanan antara Kedah dan Johor FC ditayangkan live di Astro Arena..

Manusia Mudah Lupa..

Pabila datang ujian,
Manusia mula hanyut,
Tenggelam tanpa kata,
Hanya segelintir yang berjaya,
Iman di dada menjadi benteng utama,
Tanpa iman, siapalah kita,
Tiada haluan tiada tujuan..


Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk mengharungi segala ujian dan dugaan dari-Mu Ya Allah..

Monday, April 4, 2011

Kedudukan Terkini Liga Super 2011 : 4 April 2011

Assalamualaikum..Selepas 8 perlawanan berlangsung, Pasukan Kelantan masih mengungguli takhta liga..Berikut kedudukan penuh selepas perlawanan ke-8..

Lelaki perlu tahu yang perempuan..

Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.

Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.


Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.

Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.

Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.

Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami hati dan perasaan wanita.