Tuesday, January 3, 2012
Sunday, January 1, 2012
Pelajar UPSI dipukul polis..
Video dan Lirik - Keinsafan Diri - Fursan
Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi
Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang Esa
Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali
Ku tidak layak ke syurgaMU
Namun tak sanggup ke nerakaMU
Ku tunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu
Ku tetap setia
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu
Akan ku jauhi
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi
Tajuk Nasyid : Keinsafan Diri
Artis : Fursan (
Album : Ibtida’
Sinopsis Ombak rindu..
Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis
yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya.
Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.
Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah
membawa bala dalam keluarga mereka.
Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.

Subscribe to:
Posts (Atom)