Monday, January 31, 2011

Follower ke 1111..

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah hari ni follower waveX semakin bertambah lagi..Tak banyak pun, sikit-sikit je..Sebelum nak cerita kisah follower bertuah ni, waveX nak menyeru kepada semua agar mendoakan keselamatan sahabat-sahabat kita di Mesir..

Keadaan kacau bilau yang berlaku telah menggugat keselamatan penduduk di Mesir..Termasuklah 11, 000 rakyat Malaysia yang kebanyakkannya adalah student di sana..Di samping tu, saudara-saudara kita di Segamat dan di Melaka yang mengalami banjir..Doakan kesejahteraan kepada mereka semua..InsyaAllah..

Baik, follower ke 1111 ni adalah seorang wanita..Tengah hari tadi wave perasan yang follower blog dah 1110, jadi dengan lajunya wave pun post kat Group SB di FB menyatakan bahawa follower bertuah 1111 akan dapat entry khas dari wave..Dengan kelajuan kuasa kuda, si Lily telah berjaya bertindak dengan pantas dan meng'follow' blog wave..


Jadi, entry khas untuknya..hehe..Blog Lily: NotaTanpaChapter, bertuankan seorang insan bernama Lily Kamaruddin..Sedikit kata-kata hikmat dari Lily..
An ordinary girl who just entered into new world which is blogging..Wanna share my life story with friends & others..Also wanna make new friends & keep in touch with existing friends..For anyone that feel free to teach me how to improve my blog, i appreciate it very2 much.
Jom kita tengok blog Lily ni..


Terima Kasih kepada semua yang menyokong blog wave ni..Tanpa korang semua..follower wave tak kan sampai seperti sekarang..

Konsert Maher Zain 2011 Di Stadium Melawati Shah Alam - 25 dan 26 Februari 2011..

Konsert Maher Zain yang akan diadakan kali ini akan membariskan pemuzik-pemuzik professional dari Malaysia dan Mesir. Selain penyanyi Maher Zain sebagai artis utama, konsert ini akan turut menampilkan Mesut Kurtis(artis dari Macedonia) dan Irfan Makki(dari Kanada) serta tidak ketinggalan Kumpulan Inteam(artis tempatan).

Venue : Malawati Stadium, Shah Alam
Dates : 25th & 26th February 2011



Sebarang tempahan tiket boleh dapatkan di http://www.tickethotline.com.my/
Lagu InsyaAllah dalam Bahasa Melayu + Lirik  - Klik SINI..

Boleh ke Update Blog Time Kuliah..

Assalamualaikum, macam biasa la..Hari isnin dah start kuliah..Update dalam lecture hall ni..hehe..Nasib baik ada iPod ni..

Kalau jadi blogger kat mana pun mesti terfikir nak update je kan..Tapi kalau femes macam ben ashaari lagi best kan..Sekali update beratus yang datang..Macam mana nak jadi macam tu??
Korang tak teringin ke??

Saja nak luahkan yang tu ja..Sekarang free sementara tunggu prof masuk..Ok la..Jom study dulu..hehe..Jangan malas-malas ye semua..

~pen off~

Sunday, January 30, 2011

Maher Zain : InsyaAllah Malay Version + Lirik..

Assalamualaikum semua..Jom kita bernasyid hari ni..Lagu nyanyian Maher Zain yang ditukarkan kepada Bahasa Melayu..Sangat menarik dan mengagumkan..Lirik disertakan di bawah ye..






Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah… InsyaAllah…
InsyaAllah… Ada Jalannya…

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…

[chorus]

Kembalilah….
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah…
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar…Jalan yang benar..
Jalan yang benar…
[chorus]







Semoga terhibur..
Untuk maklumat terkini konsert Maher Zain 2011...
Konsert Maher Zain 2011 Di Stadium Melawati Shah Alam - 25 dan 26 Februari 2011..