Wednesday, July 28, 2010

Terengganu VS Perlis 27-7-2010

Seperti yang dijangkakan Terengganu akan menguasai perlawanan..
PERLIS 2
(Ahmad Aminuddin m-45, 86)

TERENGGANU 4
(Wan Aliff Wan Jasmi m-20, Ashaari Shamsuddin m-52, m-58, Abdul Manaf Mamat m-79)


TERENGGANU mencatat kemenangan bergaya di tempat lawan dengan menundukkan Perlis 4-2 dalam persaingan Liga Super di Kangar malam tadi.

     Namun tiga mata penuh itu tidak mengubah kedudukan Terengganu yang kekal di tangga ketiga di belakang pendahulu Selangor dan Kelantan di tangga kedua. Terdahulu Terengganu terpaksa menerima hukuman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggugurkan tiga mata kerana menggunakan pemain muda, Zubir Azmir, kurang 24 jam selepas dibariskan dalam skuad Piala Presiden 6 Julai lalu.
    Terengganu membuka jaringan menerusi Wan Aliff Jasmi menerusi sepakan deras dari dalam petak penalti pada minit ke-20,  disusuli dua jaringan Ashaari Shamsuddin pada minit ke-52 dan 58 sebelum Abdul Manaf Mamat menanduk umpanan Nordin Alias pada minit ke-79.

      Perlis membalas menerusi Ahmad Aminuddin pada minit ke-45 dan 86.
(Ahmad Aminuddin m-45, 86)

No comments:

Post a Comment