Tuesday, July 5, 2011

Resipi Menambah Kecintaan Kepada Allah..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Moga kita semua dalam rahmat Allah. Sesungguhnya kasih sayang dan cinta Allah itu terlalu manis dan membahagiakan kerana Allah adalah pemberi nikmat cinta, kasih dan sayang itu sendiri.

Subhanallah!


Syeikh As Syibli pernah mengatakan seperti dinukilkan oleh Imam An Nawawi dalan Nasa'ih al-'Ibad ;

"'Apabila engkau telah mengecapi manisnya dekat dengan Nya pasti kamu mengetahui betapa pahitnya putus hubungan denganNya".

Saudara-saudaraku sekalian, ayuh sama-sama kita rafakkan cinta pada Allah. Manisnya itu tidak terkata dan boleh saya katakan bahawa kecintaan kepada Allah adalah dorongan utama untuk diri saya bermujahadah melawan nafsu, mengisi yang perlu dan menolak yang suka.

Amalkan segala suruhan Allah SWT dengan bersungguh-sungguh.

Jauhilah segala larangan Allah dan jangan sekali-kali mendekatinya. Ingatlah bahawa iman itu bukanlah dengan angan-angan tetapi dengan mujahadah kita menerusi perlakuan dan amal.

Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala hal.

Sentiasa berdoa kepada Allah sesungguhnya Allah suka pada hambaNya yang meminta kepadaNya.

Redha atas ketentuan Allah SWT sama ada baik mahupun buruk kerana itulah ujian keimanan qada dan qadar dariNya

Anggaplah dunia sebagai sebuah penjara. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Rasulullah saw, "dunia itu adalah penjara bagi orang muslim dan syurga bagi orang kafir"

Sentiasalah perbaharui cinta dengan Allah SWT.

Ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT sahaja

Cintailah apa sahaja yang dicintai oleh Allah SWT dan bencilah apa sahaja yang dibenci oleh Allah SWT.

Dari Abu Darda' r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, antara doa Nabi Daud a.s. ialah

"Ya Allah Ya tuhanku, aku memohon kasih sayangMu dan kasih sayang orang yang mencintaiMu, serta kasihkan amalan yang mendekatkanku kepada cintaMu. Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah kasihMu lebih aku sukai berbanding diriku sendiri dan ahli keluargaku dan daripada air yang sejuk"

Wallahua'lam.

4 comments:

  1. :D
    Allah itu sntiasa ada buat hambaNya :D

    ReplyDelete
  2. TQ share info yg sangat berharga nie..
    Sama2lah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah..

    ReplyDelete
  3. tq 4 sharing bro..bagus ilmu nie..=)

    ReplyDelete