Thursday, April 4, 2013

5 Sebab Orang Suka Hentam Blogger - Part 2

Assalamualaikum..Selepas kita dah berbincang sebab pertama dalam PART 1 sebelum ni, sekarang nak lihat pula sifat kedua yang menyebabkan blogger dihentam oleh orang ramai...Ramai antara blogger yang menulis blog untuk mencari pendapatan sampingan..Ya, tak salah dan amat digalakkan bagi kakak-kakak atau student yang ingin menambah duit poket..Namun ada yang menyalah gunakan niat tersebut..Demi kepentingan diri sanggup melakukan apa saja..Seperti orang cakap, niat menghalalkan cara..Salah tu, kalau cara tu berdosa atau salah mana boleh nak dihalalkan..Apakah sikap blogger yang menyebabkan mereka sering dihentam?? Salah blogger atau salah orang yang menghentam tu?


2. Mementingkan diri dan tidak mengendahkan orang lain..

Sikap mementingkan diri bukan sahaja ada pada blogger, malahan pada semua orang yang berasa dirinya lebih penting dan orang lain tidak penting..Tetapi bagi blogger yang mempunyai sikap ini, kebarangkalian untuk dirinya dihentam adalah amat tinggi..Sebagai contoh, oleh kerana ingin mendapat pengunjung yang ramai, blogger sanggup melakukan apa saja tanpa menghiraukan perasaan orang lain..Menyebarkan fitnah, mencuri karya orang lain tanpa kredit, menyakiti hati orang, dan menulis keburukan orang dan banyak lagi..Jadi, tidak hairanlah mereka ini akan dihentam jika bersifat sedemikian..


Hadith: 
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah SAW: Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai'at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).

Huraian Hadith: 
Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita bepegang pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban.




4 comments:

  1. slm ^^ ntahlah kak lea ni dh lama blogging tp x reti2 nak buat duit kt blog sbb tu bkn motif utama ada blog.kak lea suka sgt membaca dan x sbr nk share kt blog ^^

    mmg dh mcm2 peel blogger ni tp kalau x suka sng...x yah dah gi blog depa :)

    ReplyDelete