Thursday, March 21, 2013

Guru hina pasukan keselamatan dibebas sementara


KOTA BHARU -  Guru yang didakwa menghina pasukan keselamatan di Lahad Datu melalui laman sosial Facebook miliknya dibebaskan sementara hari ini dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata, ini berikutan perintah tahanan reman terhadap guru itu selama tujuh hari telahpun berakhir.
"Suspek kini dibebaskan sementara dengan ikat jamin polis sehingga siasatan mengenai kes itu lengkap dan akan merujuk kembali kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Tiket Percuma - Malaysia lwn Yaman

Tiket Percuma - Malaysia lwn Yaman

Kepada kawan2 semua..cepat2..astro arena ada nk bg tiket free...


Tuesday, March 19, 2013

Tazkirah Hari Ini


"Sayangilah keluarga dan sahabat anda"



BR1M adalah inisiatif tahunan kerajaan


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah inisiatif tahunan kerana ia memberi manfaat besar bagi membantu meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah. 

Perdana Menteri berkata, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang menjunjung kesejahteraan rakyat dan contoh terbaik iltizam itu ialah BR1M 1.0 dan 2.0 yang kerajaan berikan secara langsung ke tangan rakyat. Beliau berkata, saatnya hampir tiba apabila rakyat akan membuat pilihan hala tuju negara untuk tempoh lima tahun akan datang. 




Katanya, pilihan ini ialah berhubung kebolehpercayaan, mengenai harapan, masa depan, kelangsungan kejayaan Malaysia dan janji ditepati. 

“Dari itu, rakyat Malaysia perlu memilih antara kerajaan hari ini yang sudah membuktikan bahawa ia sebuah kerajaan yang boleh dipercayai, kerajaan yang mendokong harapan, kerajaan berusaha gigih mencipta masa depan lebih baik untuk anak-anak Malaysia, kerajaan yang akan meneruskan dasar terbukti berjaya atau pihak sebelah sana yang, apabila bercakap ibarat lidah tidak bertulang, apabila diberi amanah pula mereka mengambil mudah. 

“Pucuk pangkalnya, jika janji lama dimungkiri, janji baru yang dibuat hampir mustahil untuk ditunaikan, maka, bolehkah rakyat berpegang kepada janji-janji baru mereka? Adakah sebenarnya mereka boleh dipercayai? Mampukah kita mempertaruhkan harapan masa depan anak cucu kita kepada mereka? Walhal dengan rekod yang buruk, adakah kita yakin mereka mampu mencipta masa depan lebih baik?,” katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara 2012 (NTP) di TV1 yang disiarkan secara langsung di RTM1, malam ini. 


lagi berita -  http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/BR1Madalahinisiatiftahunankerajaan/Article/