KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah inisiatif tahunan kerana ia memberi manfaat besar bagi membantu meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah.
Perdana Menteri berkata, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang menjunjung kesejahteraan rakyat dan contoh terbaik iltizam itu ialah BR1M 1.0 dan 2.0 yang kerajaan berikan secara langsung ke tangan rakyat. Beliau berkata, saatnya hampir tiba apabila rakyat akan membuat pilihan hala tuju negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
Katanya, pilihan ini ialah berhubung kebolehpercayaan, mengenai harapan, masa depan, kelangsungan kejayaan Malaysia dan janji ditepati.
“Dari itu, rakyat Malaysia perlu memilih antara kerajaan hari ini yang sudah membuktikan bahawa ia sebuah kerajaan yang boleh dipercayai, kerajaan yang mendokong harapan, kerajaan berusaha gigih mencipta masa depan lebih baik untuk anak-anak Malaysia, kerajaan yang akan meneruskan dasar terbukti berjaya atau pihak sebelah sana yang, apabila bercakap ibarat lidah tidak bertulang, apabila diberi amanah pula mereka mengambil mudah.
“Pucuk pangkalnya, jika janji lama dimungkiri, janji baru yang dibuat hampir mustahil untuk ditunaikan, maka, bolehkah rakyat berpegang kepada janji-janji baru mereka? Adakah sebenarnya mereka boleh dipercayai? Mampukah kita mempertaruhkan harapan masa depan anak cucu kita kepada mereka? Walhal dengan rekod yang buruk, adakah kita yakin mereka mampu mencipta masa depan lebih baik?,” katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara 2012 (NTP) di TV1 yang disiarkan secara langsung di RTM1, malam ini.
lagi berita - http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/BR1Madalahinisiatiftahunankerajaan/Article/
No comments:
Post a Comment