Bagi kategori ni ada tiga pihak..satu pihak yang menjurus kepada pembangkang. Ada yang pro- kerajaan dan ada juga yang kasi hentam dua2..Tapi bukan ini yang kita nak bincang..Yang kita nak bincang sekarang sikap blogger yang menyebabkan dirinya dihentam..
1. Suka mengada-adakan cerita tanpa sebarang usul periksa..
Ini sikap yang paling ramai orang suka..Tak kira tua atau muda..Saya bukan nak salahkan sesiapa tetapi ramai yang menulis blog ni suka mereka-reka cerita..Walaupun dia hanya mendengar satu khabar angin yang belum tentu tepat maklumatnya. Tapi mesti ada yang dah update blog..Mau kejar trafik katanya..Kesian kepada orang yang menjadi mangsa..Cuba kita bayangkan kita di situasi orang itu..kan sedih rasanya..Yang selalu jadi mangsa dalam situasi macam ni adalah artis..Nasib baik la artis kat Malaysia ni semua mempunyai hati yang kental..Jadi marilah kita semua memupuk sifat untuk rasa ingin tahu..Jangan main terjah je..
Allah mengingatkan dengan firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat: 12).
Ayat ini bukan sekadar mendidik jiwa dan membersihkan hati, bahkan ia menjadi dinding yang memagari kehormatan, hak dan kebebasan seseorang manusia. Namun seharusnya kita dapat membezakan dan memahami dengan jelas dan benar bahawa mengintip dan mencari rahsia walaupun hukum asalnya adalah haram tetapi ia dikecualikan dalam hal-hal tertentu yang diharuskan syarak. Seperti penguat kuasa yang dibenarkan untuk membuat intipan khalwat sekiranya mendapat satu maklumat daripada sumber yang dipercayai. Hal ini diharuskan kerana ia dilakukan untuk mengesahkan kes tersebut dan bagi mendapatkan bukti.
Ada lagi sifat-sifat blogger yang mengakibatkan dirinya dihentam..Nantikan part-part seterusnya ye..Terima Kasih..Semoga bermanfaat..
No comments:
Post a Comment