Thursday, October 14, 2010

KELEBIHAN WANITA SOLEHAH


1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

Wednesday, October 13, 2010

Penyokong Kelantan Meninggal Dunia Selepas Perlawanan Suku Akhir

Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini..(12/10/2010)..

Jenazah Allahyarham Che Karma ditutup dengan bendera Kelantan sambil dipangku oleh rakannya di pekarangan tempat letak kereta, Stadium Shah Alam, semalam. - Gambar ihsan/blog ruang bicara faisal
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.
Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu.

"Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam.
"Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan.
Jelasnya, keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium.
"Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,'' katanya.

Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium.

Sumber dari Utusan Malaysia..

Keputusan Suku Akhir Piala Malaysia 2010..(..12/10/2010..)


Bertemu lagi kita malam ini..Perlawanan yang sengit antara pasukan Terengganu dan Kedah dan apa dah jadi kat stadium Shah Alam..Sebelum itu sesiapa yang nak menang iphone free sila klik banner di sebelah atau link ni..

Dimaklumkan 2 kad merah telah dilayangkan..Pasukan Negeri Sembilan dan Johor Fc masing-masing mencatat kemenangan di tempat sendiri..Pasukan Kelantan berjaya mengikat pasukan Selangor..Ternyata Selangor gagal menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah..

Apa pun perlawanan antara Terengganu dan Kedah tadi telah dicemari dengan insiden mercun..Harap perkara ini tidak akan berulang..Penyo kong harap dapat mengawal emosi agar perlawanan berjalan lancar..Kita harapkan perlawanan kedua nanti akan lebih ramai penyokong..

4 perlawanan yang berlangsung melibatkan..

Terengganu Vs Kedah
Selangor Vs Kelantan
Negeri Sembilan Vs Perlis
Johor Fc Vs Pahang

Keputusan Perlawanan..


MAJULAH SUKAN BOLA SEPAK NEGARA!!


Tuesday, October 12, 2010

Kehangatan Suku Akhir Piala Malaysia 2010 Kian Memuncak..

Salam semua..nampaknya lebih kurang 10 jam lagi 8 pasukan akan bertarung untuk mendapat bekal selesa ke separuh akhir..Sebelum memulakan cerita,waveX nak mintak jasa baik semua pengunjung untuk klik banner yang gambar iphone yang kat side bar tu..atau klik kat sini..Klik jgn tak klik..Terima Kasih ye.. 

Kita sambung semula perbahasan kita..Perlawanan yang akan berlangsung malam ini pasti menjanjikan saingan yang sengit daripada setiap pasukan..Selain itu waveX dapat lihat perang psikologi antara penyokong pun semakin hangat..Ada yang berbalas pantun kat wall page TERENGGANU FC..Ada gambar sang lebah di wall Johor Fc dan banyak lagi..


Selain itu, info yang kita terima malam ni..

SIARAN LANGSUNG SUKU AKHIR TM PIALA MALAYSIA 2010 SUKU AKHIR 12 /10/ 2010 N9 LWN PERLIS DI ASTRO ARENA & TERENGGANU LWN KEDAH DI RTM


Apa pun kita harap semua penyokong perlulah profesional dan tiada pergaduhan yang akan berlaku di stadium malam nanti..Kita harapkan perlawanan-perlawanan malam ini tidak dicemari dengan bunyi mercun atau kes-kes membaling objek ke padang..


Perlawanan yang menarik pasti akan tercetus malam ini di antara Kelantan dan Selangor,dan pastinya stadium Shah Alam malam ini akan dipenuhi dengan warna merah dan kuning..Apa pun kita harapkan permainan yang terbaik akan ditunjukkan oleh semua pemain bagi semua 8 pasukan yang akan berentap malam ni..

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!