Apa maksud iddah?


Apa maksud iddah?

Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suaminya.

Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya. Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi menunjukkan kesedihan ke atas pemergian suaminya.

Iddah sebenarnya mempunyai hikmah yang besar kepada perempuan dan lelaki. Walaupun dalam tempoh iddah ini, perempuan dilarang berkahwin lain dan dia juga dikenakan beberapa peraturan lain, iddah sebenarnya memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang baru bercerai atau kematian suami, jika si perempuan tadi tidak beriddah, tidakkah nanti jika perempuan itu tiba-tiba didapati hamil akan
menimbulkan keraguan tentang siapakah ayah ‘hakiki’ bagi bayi yang dikandungkan itu?

Bagi perempuan yang kematian suami pula, iddah merupakan satu penghormatan kepada isteri untuk menzahirkan kesedihan dan dukacita atas pemergian suami tercinta. Tempoh tertentu yang diberikan untuk perempuan yang bernasib malang ini pula dapat membantunya agar tidak berterusan berada dalam kesedihan. Cukuplah tempoh yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Selepas habis tempoh itu, hendaklah dia bertawakal kepada Allah dan meneruskan hidupnya dengan kesabaran.

Video Gol Kelantan Lawan Negeri Sembilan Piala Sumbangsih 2012

EGO masing-masing harus memuncak, malam ini ketika dua pasukan gergasi bakal berarak turun ke gelanggang di Stadium Nasional, Bukit Jalil, selaku pemegang trofi prestij dalam Liga Malaysia. 

Kelantan bimbingan Peter Butler akan hadir selaku juara Liga Super manakala Negeri Sembilan dikendali Azraai Khor Abdullah juga gah dengan status juara Piala Malaysia. 

Elemen itu harus mencetus pertembungan menarik dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah. Di sebalik tekad besar kedua-dua ketua jurulatih itu mahu menang dan pulang dengan satu lagi koleksi trofi, namun sifat merendahkan diri tetap terpancar di wajah masing-masing ketika menghormati lawan masing-masing - yang lebih terarah kepada faktor diplomasi.

Gol 1..



Gol 2..


Gol 3..




~KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN~

KELANTAN      1      -     2     NEGERI SEMBILAN

Bahaya Fitnah !! Blogger Harus Ambil Cakna ..

Assalamualaikum semua..Semakin hari semakin menjadi-jadi sikap mazmumah yang keji ni..Lepas seorang, seorang..Sikap macam ni membuktikan kepada dunia sikap rakyat Malaysia..Semua orang tahu fitnah adalah satu sifat yang sangat keji..Tapi kenapa ada lagi orang yang lakukannya?? Kenapa?? Politik?? Trafik??

Sedangkan Rasullah pernah bersabda maksudnya, “Fitnah ialah pembakar hati dan pemusnah iman. Dengannya akan nyata siapa yang benar dan siapa yang dusta.”

Janganlah kita mengambil mudah di atas perkara ini kerana secara jelasnya ia menimbulkan ketidakseimbangan terhadap maruah seseorang sehingga akhirnya mengenepikan nilai akhlak dan kemanusiaan. Bahkan, ia mampu sampai kepada peringkat maksiat dan penyelewengan yang seterusnya bertukar menjadi syirik dan nifak.

 Bisikan

Ciri-ciri Lelaki Yang Layak Dicintai..


Berikut adalah 13 ciri-ciri lelaki yang selayaknya seorang wanita pilih sebagai pelindungnya dan pemimpin hidupnya, lelaki yang layak dicintai!

13 ciri ini diatur mengikut perspektif seorang gadis Melayu beragama Islam khusus untuk panduan anda:
  1. Taat kepada Allah, taat pada ajaran Rasul.
  2. Mahir membaca Al-Quran dengan lancar, hafal surah-surah asas dan doa-doa asas, rajin membaca Al-Quran.
  3. Mempunyai pekerjaan tetap dan memiliki sumber pendapatan tetap.
  4. Suka menyeru orang lain kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  5. Ada sikap optimis – berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
  6. Bersih dari sebarang kemungkaran yang nampak dan tak nampak.
  7. Baik kata-katanya, cemerlang perilakunya, seorang lelaki yang jujur.
  8. Tak pernah tinggal yang wajib, rajin melaksanakan amalan sunat dalam beribadah.
  9. Berani menhadapi cercaan dan berani menghadapi orang yang mencela.
  10. Tahu, faham dan sanggup melaksanakan tanggungawab.
  11. Bersifat terbuka, pemaaf dan penyantun.
  12. Tenang air mukanya, waspada dan bijak dalam membuat keputusan.
  13. Jika dia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik.
“…Kalau setiap saat awk ingtkan ALLAH & setiap saat itu juga saya ingtkan ALLAH.. Bermakna waktu itu kita dah menjadi satu kerana mencintaiNYA yang Satu. Di situlah selayaknya hati kita bertemu…”

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.”
(HR. Tirmidzi)


Jersi Perak 2012



Jersi Perak 2012
Jersi Selangor 2012
Jersi Negeri Sembilan 2012
Jersi Johor 2012
Jersi Sarawak 2012

Jersi Selangor 2012




Jersi Perak 2012
Jersi Selangor 2012
Jersi Negeri Sembilan 2012
Jersi Johor 2012
Jersi Sarawak 2012

Jersi Sarawak 2012




Jersi Perak 2012
Jersi Selangor 2012
Jersi Negeri Sembilan 2012
Jersi Johor 2012
Jersi Sarawak 2012

Jersi Negeri Sembilan 2012





Jersi Perak 2012
Jersi Selangor 2012
Jersi Negeri Sembilan 2012
Jersi Johor 2012
Jersi Sarawak 2012