Tuesday, November 30, 2010

Gambar Treler Asid Terbabas di Ayer Keroh..


KEMALANGAN yang membabitkan tiga kereta dan sebuah lori tangki membawa asid dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru di KM198, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Ayer Keroh, pagi ini menyebabkan laluan sesak sepanjang tiga kilometer. Setakat ini, beberapa pengguna cedera termasuk pemandu lori tangki yang dikatakan sesak nafas akibat terhidu asid yang tumpah dan mereka kini dirawat di Hospital Alor Gajah. - Foto Rasul Azli Samad..

Piala AFF Suzuki : Jadual Perlawanan Kumpulan A..

Kumpulan A

1 Disember


Indonesia vs Malaysia 
7.30 mlm
Bung Karno Stadium, Jakarta
  
Thailand vs Laos
5.00 ptg
Bung Karno Stadium, Jakarta



4 Disember
  
Thailand vs Malaysia
5.00 ptg
Bung Karno Stadium, Jakarta

Indonesia vs Laos
7.30 mlm
Bung Karno Stadium, Jakarta

7 Disember

Malaysia vs Laos
7.30 mlm
Jakabaring Stadium,Palembang




Indonesia vs Thailand
7.30 mlm
Bung Karno Stadium, Jakarta

Monday, November 29, 2010

Lawak : 2 Orang Kaya Dan Pemandunya..

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."



Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

Sunday, November 28, 2010

Jemputan ke Premiere Screening Narnia..

Assalamualaikum semua, tadi waveX check email lepas tu ada satu email yang membuatkan hati yang gundah ini terus melonjak kegembiraan..Haha, mari kita tengok apa email tu..

Untitled picture

Satu lagi jemputan ke premiere screening dari ChurpChurp..Nasib baik yang ni kat Mid Valley, dekat sikit..Jom pegi..Sapa2 yang dapat, kita jumpa kat sana!!

1289985536_470x353_the-chronicles-of-narnia-the-voyage-of-the-dawn-treader-picture

Saturday, November 27, 2010

Sukan Asia 2010 : Senarai Atlet Dapat Emas..

Hari ini akan berakhir sukan Asia 2010 ini dan Malaysia sudah pun mencapai sasaran 9 emas yang dianggarkan..Tahniah kepada kontijen Malaysia..Kedudukan sekarang (27/11 2.00 pm) dalam pungutan pingat adalah di tempat ke-10..

 

Senarai atlet yang mendapat emas adalah seperti berikut :

 

Untitled picture

Thursday, November 25, 2010

Sukan Asia 2010 : Keputusan Hoki Lelaki Akhir Malaysia vs Pakistan..

Assalamualaikum..Nampaknya hasrat pasukan Malaysia untuk mendapat emas dalam acara hoki tidak kesampaian..Permainan yang menarik ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan namun nasib lebih memihak kepada Pakistan..

 

Keputusan penuh perlawanan: Pakistan   2 – 0   Malaysia

 

hoki malaysia vs korea selatan

 

Gol pertama dijaringkan melalui penalti corner oleh Suhail Abbas..Apa pun tahniah kepada pasukan Malaysia kerana layak ke final..Ini sudah dikira satu pencapaian yang baik..

 

Malaysia mendapat pingat perak manakala gangsa diperoleh oleh India dan Korea..

Sukan Asia 2010 : Jadual Final Squasy dan Hoki Lelaki..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Hari ini 25/11 akan berlangsung beberapa sukan menarik yang mungkin akan menambahkan lagi pingat emas negara..Seperti yang kita ketahui semalam 2 emas telah dikutip dari gelanggang karate dan hari ini kemungkinan akan ada lagi..

Bagi atlet Squasy negara, kedua-dua team wanita dan lelaki telah layak ke final..
Pasukan wanita menentang Hong Kong, yang sedang berlangsung sekarang..(10.00 pagi)..Manakala pasukan lelaki akan bertemu pasukan Pakistan pada pukul 2.00 petang nanti..

NORASEELA (depan)

Selain itu, pasukan hoki lelaki negara akan menentukan kehebatan mereka petang ini menentang Pakistan..Perlawanan hoki akan berlangsung pada pukul 5 petang..

Sementara itu bagi olahraga, Noraseela Mohd Khalid akan turun pada pukul 6.50 petang ini dalam acara akhir 400m lari berpagar wanita..

10.00 pagi – Squasy wanita final..
2.00 petang – Squasy lelaki final..
5.00 petang – Hoki lelaki final..

Movie : Sinopsis Rapunzel : A Tangled Tale..Thanks to ChurpChurp..

Selamat Malam semua..waveX baru balik dari cineplex e@Curve kat Damansara..Tengok kartun baru..Rapunzel : A Tangled Tale..Terima Kasih kepada ChurpChurp atas jemputan ke premier screening tu..

 

Sebuah kisah percintaan yang menarik dan sangat lawak..diserikan pula dengan seekor Charmeleon dan seekor Kuda..Rasanya sesuai untuk anak2 kecil tapi kena dibawah jagaan ibu bapa..

 

rapunzelposter_img

 

Apa pun sekali lagi terima kasih kepada ChurpChurp, lepas ni invite waveX lagi..=)..Esok 25/11 movie ini akan mula disiarkan di pawagam-pawagam terpilih..Tunggu apa lagi..Serbu je..Cerita yang menarik..

 

p/s – Lupa pulak, terima kasih sekali lagi (3x) kepada ChurpChurp sebab bagi badge yang cantik dan comel kat waveX..

 

100_0141100_0142

Wednesday, November 24, 2010

Lawak : Yang Paling Berharga..

Seorang pemuda dihadap ke mahkamah atas tuduhan mencuri motor milik seorang gadis remaja.

xb-500_pink-angle-no-pedal-250pix

"Saya sama sekali tidak mencurinya, Yang Arif " kata si pemuda itu membela diri.
"Dia yang memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar memboncengkannya dengan motornya. Saya pun boncengkannya. Lalu dalam perjalanan, di suatu semak belukar,dia menyuruh saya berhenti. Di bukanya baju dan seluarnya. Lalu katanya, saya boleh mengambil miliknya yang paling berharga. Yang Arif, lalu saya berfikir, bajunya memang berharga, tapi itu baju wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeansnya juga terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh buat terpaksa saya mengambil motornya. "

p/s - Jangan jadi seperti perempuan itu..Jadilah seperti lelaki itu..

Sukan Asia 2010 : Jadual Sepak Takraw Regu Lelaki dan Acara Terjun 24/11..

Assalamualaikum..Hari ini 24/11 akan berlangsung beberapa acara menarik yang menawarkan pingat kepada kontijen Malaysia..

Antara acara yang menarik minat adalah Sepak Takraw Regu Lelaki yang akan berlangsung pukul 2.30 petang..Acara terjun juga menyaksikan 4 atlet negara akan bertarung dalam acara 1m papan anjal lelaki dan wanita..

2

Sementara itu ratu olahraga negara Roslinda Shamsu akan turut bertarung dalam acara lompat galah pada sebelah petang juga..

Jadual penuh adalah seperti berikut :

Untitled picture

Tuesday, November 23, 2010

Lawak : Wanita dan Lelaki Tua..

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?"

 

rokok


"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.


"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?


"Dua puluh empat."

Sukan Asia 2010 : Keputusan Separuh Akhir Hoki Lelaki..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…Hari ini 23/11 telah berlangsung perlawanan separuh akhir hoki lelaki sukan asia di Guangzhou China..

hoki1 L

2 perlawanan separuh akhir yang berlangsung petang ini ialah antara juara kumpulan A Korea vs Pakistan, naib juara kumpulan B..Manakala satu lagi perlawanan adalah antara juara kumpulan B India vs Malaysia, naib juara kumpulan A..

Keputusan Penuh Perlawanan adalah seperti berikut :

Korea     1 vs 1     Pakistan
(Pakistan layak ke final dengan pukulan penalti 4-3)
India     3  vs  4   Malaysia
Malaysia layak ke final melalui golden goal..dijaringkan oleh Amin Rahim..

Perlawanan akhir hoki lelaki sukan asia 2010 akan menemukan pasukan Malaysia vs Pakistan..Perlawanan akan berlangsung pada hari Khamis 25/11 pada pukul 5.00 petang..

Monday, November 22, 2010

Sukan Asia 2010 : Acara Yang Menawarkan Pingat bagi pasukan Malaysia pada 23/11/2010..

Pada 23/11 beberapa atlet Malaysia akan bertarung dalam acara yang akan memberikan pingat kepada kontijen negara..Namun ada juga beberapa acara lain yang menarik turut berlangsung esok (23/11)..

Antara acara yang menawarkan pingat adalah :

Pagi – Berbasikal Individu Jalan Raya (Wanita) .. Sepatutnya dua atlet negara
yang bertanding iaitu Noor Azian Alias dan Mariana Mohamad..namun Mariana tidak dapat bermain kerana kecederaan yang dialami ketika latihan..

leong-mun-yee-pandelela-rinong-2009-12-13-3-47-1

Petang – Acara terjun 10m platform wanita final yang disertai oleh Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong manakala acara terjun 3m papan anjal lelaki final disertai oleh Bryan Nickson dan Yeoh Ken Nee..Manakala acara padang iaitu acara final lompat tinggi lelaki diwakili oleh LEE Hup Wei..Dan akhir sekali acara bola tampar pantai wanita bagi penentuan pingat gangsa..Pertemuan antara Malaysia vs Thailand..

Antara acara menarik yang berlangsung esok :

Suku Akhir Kriket Lelaki – Malaysia vs Bangladesh
Separuh Akhir Hoki Lelaki – Malaysia vs India

Sukan Asia 2010 : Regu Sepak Takraw Menang Hari Ini..(22/11/2010)..

Sepak Takraw acara regu hari ini telah berjaya menumpaskan pasukan China dan Myanmar..Kedua-dua perlawanan menang 2-0 dan akan menentang Thailand 24/11 ini pukul 2.30 petang..

Perlawanan yang berlangsung sebelah pagi antara Malaysia vs Myanmar manakala yang berlangsung sebelah malam adalah antara Malaysia vs China..

Kedua-dua perlawanan dikuasai oleh regu Malaysia..Tahniah kepada regu Malaysia..Keputusan perlawanan adalah seperti berikut..

Untitled pictureUntitlicture

Lawak Dilema Seorang Doktor..

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
“Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”

3345608389_5db7e73ed5_o
Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,
“Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

“Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…”

Sukan Asia 2010 : Squash Rangkul 2 Emas..

Nampaknya emas ke-4 dan ke-5 sudah dapat dikutip melalui acara squash..Ratu ssquash negara Datuk Nicol berjaya mengekalkan pingat yang dimenanginya sebelum ini manakala M. Azlan melakar sejarah baru apabila turut mendapat pingat emas bagi acara lelaki..



Tahniah kepada skuad negara..Target untuk mendapat 9 emas masih terbuka..Sementara itu Datuk Lee Chong Wei hanya berpuas hati dengan pingat perak selepas dijinakkan oleh Lin Dan..Ternyata Lin Dan amat kebal di laman sendiri..

Sunday, November 21, 2010

Sukan Asia 2010 : Bergu Badminton Malaysia Tambah Koleksi Perak..

Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat tewas 21-16 , 24-26 dan 21-19 kepada bergu indonesia iaitu markis kidao dan H.setiawan dalam perlawanan akhir bergu lelaki badminton semalam..

2008-8-13-19-26-8-a65bcc4dd6694899a4ad82cf57ae9897-a65bcc4dd6694899a4ad82cf57ae9897-2

Perlawanan yang sengit antara dua bergu ini..namun kemenangan memihak kepada bergu indonesia..Walaupun begitu bergu Malaysia sudah menunjukkan aksi terbaik cuma nasib tidak menyebelahi pasangan itu..

Pungutan pingat sekarang bagi Kontijen Malaysia..Sekarang di tangga ke 13..

3 Emas
7 Perak
7 Gangsa

Lawak Naik Pangkat..

Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.

Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”

Salim: “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”

1promotion965844-main_full
Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”

Salim: “Terima kasih tuan….”

Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”

Salim: “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?”

Wanita Cantik Berpakaian Hijau..

Syeikh Abdul Wahid (rahmatullah’ alaih) berkata bahawa pada suatu hari dia sangat mengantuk sehingga tertidur sebelum selesai berzikir untuk malam itu..Lalu beliau bermimpi melihat seorang wanita cantik berpakaian sutera hijau..

hijau

Keseluruhan badan dan kasutnya berzikir..Wanita itu bertanya kepada Syeikh Abdul Wahid : “Adakah engkau mahu memiliki diriku kerana aku begitu mencintaimu?” Lalu wanita itu membacakan serangkap pantun yang menceritakan keinginan dan kerinduannya kepada seorang kekasih..

Apabila Syeikh Abdul Wahid terjaga dari mimpinya, dia berazam tidak akan tidur pada waktu malam lagi dan dia mengerjakan Solat Isyak dan Subuh dengan wudhuk yang sama..

Saturday, November 20, 2010

Sukan Asia 2010 : Skuad Sepak Takraw Gagal Rangkul Emas & Nicol Layak ke Final..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..Perlawanan akhir sepak takraw berkumpulan lelaki antara Thailand dan Malaysia berkesudahan dengan kekalahan kepada pasukan tanah air kita..Apa pun para pemain sudah berusaha sehabis baik..


Thailand menang 2-0 selepas kedua-dua regu Thailand menang keatas regu Malaysia..Thailand berjaya mendapat 2 emas melalui acara takraw ini selepas pasukan wanita thailand juga turut berjaya di peringkat akhir..

Sementara itu, Datuk Nicol berjaya mengalahkan rakan senegara Low Wee Wern pada separuh akhir dan melayakkan diri ke peringkat akhir..Acara squash mungkin akan menyinarkan negara dengan butir-butir pingat dari Datuk Nicol, M.Azlan dan Ong Beng Hee..

Friday, November 19, 2010

Sukan Asia 2010 : Keputusan Sepak Takraw Separuh Akhir Malaysia vs Korea..

Baru sebentar tadi perlawanan takraw antara Malaysia dan Korea sudah tamat..Kemenangan adalah milik Malaysia..Dengan ini, Malaysia telah mara ke Final dan akan bertemu pasukan Thailand..Perlawanan akhir sepak takraw akan berlangsung pada esok hari (20/11/2010) pada pukul 2.00 petang..Keputusan penuh perlawanan semifinal adalah seperti berikut..

Manakala final sepak takraw wanita akan berlangsung antara Thailand dan China..Di samping itu pasukan hoki wanita negara turut merangkul kemenangan selepas menewaskan pasukan Kazakhstan 4-2..

Sukan Asia 2010 : Datuk Nicol dan Low Wee Wern Layak ke Semifinal (Squasy)..


Low Wee Wern dan Datuk Nicol akan bertemu di separuh akhir dan semestinya satu pingat sudah dalam gengaman atlet Malaysia..

Sukan Asia 2010 : Datuk Lee Chong Wei Layak ke Semifinal..

Datuk Lee Chong Wei baru sebentar tadi (19/11/2010) berjaya menewaskan Boonsak Ponsana dari Thailand..Datuk Lee menang bergaya 2 set berturut-turut (21-13, 21-17)..Kejayaan ini membawa Datuk Lee Chong Wei ke Semifinal menanti pemenang antara Chen Jin dan Chou Tien Chen..Acara lelaki perseorangan ini dipegang oleh Taufik Hidayat ketika di Doha lalu namun musim ini Taufik tewas dengan Park Shungwan dari Korea..

Keputusan penuh perlawanan antara Datuk Lee dan Boonsak Ponsana..

Anis Aneesa : [Qasidah Cinta, Lagenda Cinta, Dang Dang Dut 3]

Biodata Anis Aneesa

NAMA SEBENAR: Nuranishazwani Mushidi

TARIKH LAHIR: 14 Julai 1986

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

PENDIDIKAN: Diploma Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

ALBUM: Kompilasi - Lagenda Cinta & Dang Dang Dut 3 serta Anis Aneesa (solo)

PENCAPAIAN: Naib Johan Bintang Asli Remaja peringkat Wilayah Persekutuan 2001

Sewaktu terjebak dengan irama dangdut, Anis pernah merakamkan album Kompilasi - Lagenda Cinta & Dang Dang Dut 3 di atas tunjuk ajar komposer dan penyanyi dangdut Iwan yang popular dengan lagu Wulan. Namun, Anis kini mengambil keputusan untuk beralih angin ke genre pop balada.

"Kini saya dah jumpa dengan genre yang sesuai dengan jiwa saya seperti yang diterjemahkan dalam album baru ini. Saya juga tak mahu terikat pada satu genre dangdut sahaja dan ingin menjadi penyanyi yang versatile selepas ini "

Doa Melembutkan Hati Anak, Isteri dan Suami serta Membentuk Keluarga Bahagia..

Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)..


 Doa ini diambil dari al-Quran dan cara doa dibaca seperti di bawah...

رَبـَّــنـَــا.…………………… ۝

Maksudnya
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri..

Tafsirnya: “ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga. 

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati. 

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ” 

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.” 

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata orang-orang mukmin..

Thursday, November 18, 2010

Nicol Ann David, M. Azlan dan Wee Wern Menang Round 1..

Squad squasy negara bermain cemerlang hari ini apabila melalui pusingan pertama dengan kemenangan mudah..Ketiga-tiga pemain menang 3 set berturut-turut..


Datuk Nicol menang ke atas atlet korea Park Eun Ok dengan 11-3, 11-7 ,11-6..Tahniah kepada atlet squasy negara..Semoga cemerlang hingga ke final..Manakala malam ini akan berlangsung satu lagi perlawanan antara Ong Beng Hee dan Fukui Yuta dari Jepun..Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut..


Lee Chong Wei dan Skuad Sepak Takraw Negara Mara..

Keputusan terkini untuk hari ini 18/11 telah ditentukan..Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke suku akhir selepas berjaya menewaskan Chan Yan Kit dari HK..Manakala Hafiz Hashim gagal mara selepas tewas dengan pemain Korea Park Sunghwan..Keputusan penuh perlawanan adalah seperti berikut..

Keputusan perlawanan Hafiz Hashim

Keputusan perlawanan Datuk Lee Chong Wei
Sementara itu pasukan sepak takraw negara juga layak ke semi final selepas berjaya menewaskan pasukan India..

Semoga banyak lagi berita gembira yang akan kita terima hari ini..

Jumlah Pungutan Pingat Sukan Asia 18/11/2010..

Assalamualaikum dan selamat pagi..Sukan Asia ke-16 sudah masuk hari yang ke-6..Jumlah pungutan pingat terkini sehingga 10 pagi 18/11/2010..Malaysia sudah mendapat 3 emas. 3 perak dan 4 gangsa..Malaysia sekarang berada di tempat yang ke-9..

klik kat gambar untuk gaambar yang lebih besar

Wednesday, November 17, 2010

Seorang Maut, Dua Parah dalam Kemalangan di Kinabatangan..

Kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 68, Jalan Sandakan-Lahad Datu hari ini..Kesan daripada kemalangan tersebut seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah..

Kemalangan berlaku pada pukul 10.50 pagi..Wanita yang maut dikenali sebagai Nursia Yusof, 24 berasal dari Tawau..Meninggal di tempat kejadian..


Kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu Nursia dalam perjalanan dari Kinabatangan ke Sandakan, bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan..

Kedua-dua pemandu kereta yang cedera parah dihantar ke Hospital Daerah Kinabatangan dan berada dalam keadaan stabil, manakala jenazah Nursia dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat..

Jom Pasang Iklan Percuma 5 Jam..

Assalamualaikum..Ada sesiapa yang nak pasang iklan secara percuma?? Mudah je..Iklan tu pasang sendiri..Maximum 5 jam, tapi jangan pasang banyak-banyak..Bagi peluang orang lain jugak..Bukan iklan je..Korang boleh letak banner blog sekali..Ada yang berminat tak..Sebelum tu waveX akan ajar cara nak pasang..First masuk blog Hak Milik Setiap Insan..Lepas tu korang akan nampak kotak-kotak iklan banyak kat header tu..Macam ni..


Klik kat salah satu kotak iklan tu dan dia akan keluar macam gambar kat bawah ni.. 


Lepas tu korang isi web url dan url banner..Siap!! Iklan korang akan berada di situ selama 5 jam..Lepas 5 jam kalau ada kosong letak la lagi..Tapi jangan letak banyak-banyak..Sorang satu..

Sindrom Ketawa Tak Boleh Berhenti..


Assalamualaikum semua..Selamat pagi, Happy Eidul Adha..Kita selalu je nampak kan kadang-kadang ada sesetengah orang kalau dah ketawa memang tak boleh berhenti..Kadang-kadang sampai keluar air mata sekali..Bagi sesiapa yang tak balik raya tu jangan bersedih..Jom kita meriahkan diri kita..



Tuesday, November 16, 2010

Pantun Lawak Raya ikut Negeri..

Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat sekalian..Bagi yang tak balik raya kerana kehabisan tiket atau cuti sehari je janganlah berdukacita..Ramai lagi yang senasib dengan korang..=)

..raya-raya ni kena la aku berlakon mereng sikit..

Pantun Lawak Raya:

Kelantan..
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu..
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang..
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor..
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka..
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan..
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo
jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur..
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak..
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah..
Pi kedai jumpa ulaq sawa
Terserempak pula burung kakak tua
Balik raya jumpa makwa
Kena kejaq bakal pak mertua

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..

Monday, November 15, 2010

Lawak oleh Google Maps!!

Assalamualaikum semua..Malam ni waveX nak kongsi satu cerita menarik dari pak google..Rugi kalau korang tak try..Tunggu apa lagi..Jom kita lihat kehebatan pak Google buat lawak..

First sekali korang pegi kat GOOGLE MAPS..
Pastu korang tekan GET DIRECTIONS..
Korang taip TAIWAN sebagai start location..
Then, korang taip CHINA sebagai end location..
Pastu tekan get directions..
Korang baca la step no.24 kat situ!!
ahahhahaha !! Ingat tau..Step ke 24..
SELAMAT MENCUBA!!!

Keputusan Malaysia vs Iran Sukan Asia 2010..

Nampaknya niat pasukan Malaysia untuk layak ke suku akhir tidak kesampaian..Pemain Malaysia sudah bermain mati-matian namun persembahan pemain tampak lemah dan tidak bermaya, diselubungi pula dengan masalah kecederaan dan kad..

Keputusan penuh perlawanan Malaysia 1 - 3 Iran..Kesemua gol dijaringkan pada separuh masa kedua..Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Norsharul Idlan Talaha (min 86) melalui sepakan penalti..Sepakan penalti diperoleh selepas Norsharul sendiri dijatuhkan di dalam kotak penalti..

Sementara 3 gol Iran dijaringkan oleh Ansari Fard (min 53), Hosseini (min 59) dan Sharafi (min 67)..Permainan yang cantik dari Iran dan Iran banyak menguasai perlawanan..Apapun tahniah kepada pasukan negara kerana dapat maju setapak ke hadapan..Namun satu berita baik untuk kontijen negara apabila satu pingat emas telah dirangkul melalui acara wushu..TAHNIAH..

Keputusan Penuh Semua Perlawanan..

Iran 3 - 1 Malaysia
Oman 3 - 0 Hong Kong
China 0 - 3 South Korea
Qatar 0 - 1 Uzbekistan

Untuk Keputusan Malaysia vs China klik sini..
Untuk Keputusan Malaysia vs Jepun klik sini..
Untuk Keputusan Malaysia vs Kyrgystan klik sini..

Majulah Sukan Untuk Negara!!