Saturday, November 6, 2010

6 Kaedah Blogwalking Berkesan..(Shoutmix & Cbox)..

credit to.. http://www.some-time.co.cc/
Assalamualaikum,apa khabar semua?? Mesti penat bila buat blogwalking kan..Padahal tak kena jalan pun..Duduk Setempat je..Kadang-kadang bila berblogwalking anda dapat naikkan unique view tapi kurang page view..Lagi satu tujuan blogwalking sebab nak bina network..Betul ke?? Dah hari-hari orang yang sama komen kat shoutbox confirm kita boleh ingat nama kan..

Blogger-blogger yang kurang masa nak blogwalking mesti traffic agak kurang..(kecuali kalau dah famous dan banyak pembaca tetap)..Ok, waveX nak kongsi sedikit cara nak bina networking guna blogwalking sekali gus dapat tarik blogger baca blog kita..Ni pendapat je tau..Nak tau Kesahihan kena la try buat..WaveX pun nak try jugak..

1.Sebutkan nama pemilik blog..
Yang ni la orang cakap kuasa pada nama..Nama seseorang tu adalah bunyi yang paling indah bagi mereka..Apabila kita sebut nama orang tu, mesti dia akan ingat kita..Apatah lagi kalau banyak-banyak kali..Contohnya.."hi ieda, cantik blog ieda"..Apa lagi confirm ieda akan masuk blog anda dan cari kelebihan blog anda untuk dipuji..

2.Komen mengenai kesukaan blogger tu..
Masuk je blog orang, mesti kita tahu dia suka apa..Tengok header, theme, entry dia..So,bincang la sikit pasal kesukaan blogger tu..Mesti kita dihargai..Contohnya..blog ieda ni banyak berasaskan pada bunga kertas..so,bincang la sikit dengan ieda.."hi ieda, bunga kertas sekarang, sekilo berapa harga"..

3.Jangan hampakan orang..
Apabila kita komen kat shoutbox orang mesti kita nak dia masuk blog kita kan..Jadi jangan tipu orang tu..Contoh lagi.."hi ida,jom tengok contest terbaru,hadiah ferrari sebijik"..ieda ni memang minat kereta ferrari,so dia pun terus menjenguk blog tersebut..ieda mengeluh "alah bukan ferrari pun, ferrero rocher je pun"..Ya, memang kita dah dapat trafik dari ieda..Tapi tu mungkin kali terakhir ieda ke blog anda..(kesian ieda jadi mangsa waveX..=))..(Satu lagi isu tentang tipu ni..komen kat shoutbox cakap kata follow..Tapi tak follow pun..)

4.Cuba perkara baru..
Orang cakap kita kena berani mencuba..So,anda perlulah kreatif dalam melakukan sesuatu..Ye la, kalau komen kat shoutbox tu dua huruf je..bw, singgah, ziarah..Boleh nak ringkas tapi cuba kreatifkan..asyik blogwalking je, ieda pun dah naik bosan..cuba la blogngesot pulak..Yang ni ada orang dah guna..Komen biar ringkas tapi kreatif..

5.Kurangkan penggunaan saya..
Yang ini lagi satu tabiat kurang baik..Asyik nak angkat diri je..Tak la, maksudnya kat shoutbox pun nak cerita pasal personal diri..Bukan tak boleh tapi kurangkan..Contoh.."nama saya ieda, saya ada blog yang cantik..mak saya marah saya sebab hari-hari main komputer saya"..(yang ni over sangat..tak la sampai macam tu..)  (asyik ida je kena)

6.Dengar dulu, baru taip..
Yang ni khas kat blog yang ada lagu..Disebabkan dia minat sangat kat lagu tu,so dia akan pasang kat blog dia..Jadi peluang kita nak komen kat shoutbox dia..Puji sikit pasal lagu tu..Tapi kesian kat Mak Minah..korang tak kesian ke..(apesal mak minah pulak..Mesti ada yang tertanya-tanya..klik sini untuk kisah mak minah dan anaknya..)

Rasanya banyak lagi kaedah2 berkesan nak tackle pembaca dari shoutbox..Setakat ini sahaja pandangan peribadi dari waveX..Jika ada silap dan salah, mohon maaf ye..Semua ini pandangan waveX je..kalau ada yang salah sila betulkan..kalau ada yang kurang sesuai sila tegur dan kalau ada yang terasa, waveX mohon maaf..kalau ada yang nama ieda baca entry ni jangan melatah pulak..apa pun ieda dalam entry ni tidak ada kena mengena dengan siapa-siapa pun, mahupun yang masih hidup atau yang dah mati..Sekian, selamat berblogwalking..

27 comments:

  1. thanks for the article..blogwalking memang bekesan sekiranya kita berhemah.. :-)

    ReplyDelete
  2. thank you wavex share info ni.. eh nama ieda ke?.. glemer betoi dia ye..
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  3. asal ieda je nih?? cam plek je~~ =.="

    ReplyDelete
  4. nice info bro..blogwalking memang berkesan..selain shoutbox, comment la jugak..dpt jugak kita backlink..tp dah try auto blogwalking? :D

    ReplyDelete
  5. nasib bek nama nenek aku bkn ieda

    ReplyDelete
  6. lepas ni harap tuan umah buat entri apa yg pengunjung tak suka pada sesuatu blog...

    ReplyDelete
  7. sesetengah tue msk blog cuma aim kat shoutbox jer...x pandang kiri kanan dah...

    ReplyDelete
  8. tenkiu! hehe. akan di jadikan panduan semasa "bejalan di blog" (:

    ReplyDelete
  9. TQ.. memang ada benarnya tips tu..
    blogwalking amat penting tuk jalinkan persahabatan..

    ReplyDelete
  10. wow.. tenkiu 4 de info wave.. boleh d praktikan untuk Bw akan datang.. hehe..

    ReplyDelete
  11. haha , nombor 3 tu -.- follow tak follow :D bhahah . thanks yaww .

    ReplyDelete
  12. info yg menarik..leh cuba, try test..tq for sharing..

    ReplyDelete
  13. Best.. best.. Meh kita aplikasikan nya bersama-sama.. ^_^

    ReplyDelete
  14. huhu nice info, buat baik org balas baik
    "what u give u get back"

    ReplyDelete
  15. wahh bagus ah . kena praktikkan ni . saya kalau tulis kat shout org , suke tulis benda merepek2 . tah dorang menyampah ke apa tak tahu la . haha :)

    ReplyDelete
  16. blogwalking tips yg menarik... thanx for sharing :)

    ReplyDelete
  17. tips yg bagus....senang ckp kena manis mulut laa...

    ReplyDelete
  18. kesian ieda weyh... mintak maap cepat ngan semua org nama ieda kat M'sia.. haha, secara kesimpulannye bagi aku.. blogwalkin yang efektif adalah yg mesra2 tue.. sebab tue kene sebut nama.. hehe

    ReplyDelete
  19. timaceh atas info nih yer bro waveX

    ReplyDelete
  20. Mak cik ni suka juga dengan petua-petua ni . Terima kasih ya nak.

    ReplyDelete