Wednesday, November 3, 2010

Berita Banjir Dari Akhbar..

Salam semua..waveX akan linkkan beberapa berita terkini untuk maklumat kepada semua..Kalau nak masuk link tu kalau boleh open in new tab..k TQ..

Berita Harian..
 
1."Di stesen keretapi lama mangsa yang ditempatkan di situ seramai 410 orang
manakala bakinya di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi yang baru dibuka malam tadi,"
katanya kepada Bernama.Petang semalam mangsa banjir yang dipindahkan di Rantau Panjang adalah
seramai 297 terdiri daripada penduduk Kampung Rantau Panjang Lama. Beliau berkata paras air Sungai Golok di situ pada bacaan jam 8 pagi ini surut sedikit iaitu 10.14 meter melebihi bahaya 9 meter.......Bacaan lanjut di Mangsa pindah di Rantau Panjang terus meningkat.

2.BACHOK: Seorang kanak-kanak, Siti Nor Ikma Mohd Rosli, 12, dari Kampung Kubur Tok Din, Repet di sini ditemui mati lemas dalam tali air berhampiran rumahnya dalam kejadian petang semalam di kampung itu...Bacaan lanjut di Kanak-kanak lemas dalam tali air di Bachok.

Utusan Malaysia..

1.Banjir yang melanda Perlis dan Kedah sejak semalam bertambah buruk hari ini apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkat.
Beberapa laluan masih ditutup dengan paras air sungai di kedua-dua negeri terbabit melepasi paras bahaya....Bacaan lanjut di Banjir di utara bertambah buruk.

Harian Metro.. 

1.RANTAU PANJANG: Tiga pusat pemindahan di jajahan ini mula dibuka sejak pagi semalam bagi menempatkan keluarga yang terjejas selepas rumah masing-masing dinaiki air berikutan hujan lebat sejak Jumaat lalu.Sehingga jam 5 petang semalam, tiga pusat pemindahan iaitu Stesen Keretapi Rantau Panjang, Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi dan Masjid Kubang Kual mula menempatkan 340 mangsa.....Bacaan lanjut di 3 pusat pemindahan dibuka di Rantau Panjang.

2.SINTOK: Seramai 1,350 graduan yang sepatutnya menerima ijazah pada hari ketiga Majlis Konvokesyen ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, semalam terpaksa pulang apabila majlis itu ditangguhkan berikutan banjir di Kedah semakin buruk....Bacaan lanjut di Hari ketiga Majlis Konvokesyen UUM terpaksa ditangguh.

3.ALOR SETAR: Banjir di Kedah bertambah buruk apabila seramai 14,818 penduduk membabitkan 4,188 keluarga di empat daerah di negeri itu iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Kota Setar dipindahkan ke 87 pusat penempatan apabila rumah mereka dinaiki air sedalam antara satu dan lebih dua meter berikutan hujan lebat sejak Sabtu lalu.......Bacaan lanjut di  >14,818 mangsa dipindah.
  
Sinar Harian..

Berpuluh kontena ikan terkandas di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. 

Banjir di Padang Besar semakin surut.


Hampir 1,500 keluarga di Kubang Pasu dipindahkan.


JKM Kelantan sedia tambah peruntukan untuk bantu mangsa banjir.






JPN arah sembilan sekolah ditutup segera.

16 jam terperangkap di atas pokok.

KUBANG PASU - MENCEMASKAN.....16 jam terperangkap di atas pokok dengan dikelilingi air bah yang berarus deras. Itulah pengalaman paling getir hingga nyaris meragut nyawa tiga sekeluarga, Johar Mat Saman, anaknya Nor Asimi dan anak saudara Johar, Mohd Rosidi Aziz. Mereka terpaksa menempuh detik mencemaskan itu setelah dihanyutkan arus banjir ketika datang untuk membantu keluarga mereka yang menjadi mangsa bencana itu di Kampung Lahar, Kubang Pasu, kelmarin.



KANGAR - Tenggelam.....Sebuah kereta yang ditinggalkan di hadapan rumah hampir tenggelam dalam banjir di Kampung Alor Redis dekat sini, hari ini. Sehingga petang semalam, seramai 4,536 mangsa banjir telah dipindahkan ke 35 pusat penempatan banjir sementara di seluruh negeri ini.


  
Sesiapa yang ada maklumat atau gambar yang ingin dikongsi boleh mesej kat facebook waveX..klik kat button atas tu..atau emel kat waveX..wavexrider@gmail.com..

1 comment: