Thursday, December 16, 2010

Kisah Nabi Daud dengan Ulat..

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.
 
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”
 
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T..

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

25 comments:

  1. Menarik... :) Subhanallah.... Salam perkenalan.. I follow u :)

    ReplyDelete
  2. salam,tq berkongsi,
    klu x keberatan nk bertanya kelebihan membaca ayt itu...

    ReplyDelete
  3. sume yang Allah ciptakan ada kegunaan dan kelebihannye..^_^

    ReplyDelete
  4. subhanallah.. menarik kisah ni! jadi tazkirah untuk hari khamis ^^

    ReplyDelete
  5. kisah teladan...baru tahu kisah nie..:)

    ReplyDelete
  6. kisah teladan yg bagus :)

    ReplyDelete
  7. trima kasih utk cite yg best..

    erm.. leh tlg vote no. 29 utk kwan saya Faizal Fredley... sblm kul 12 mlm

    ReplyDelete
  8. cantiknya ulat tu.. cute..
    bukankah setiap makhluk yang diciptakan Allah adalah untuk beribadat kepadanya.. begitu juga dengan ulat kan?
    terima kasih awak.. first time lady baca kisah ni :).. jazakallah :)

    ReplyDelete
  9. subhanallah.. Allah itu Maha Besar..

    so, Muslims, dont just talk the talk, we need to walk the talk.. May Allah bless us..

    ReplyDelete
  10. Setiap Ciptaan Allah sudah ADA sebaik-baik Ketentuannya.. Betul dak?

    ReplyDelete
  11. setiap apa yg dicipta ada kelebihan nya. dan setiap apa yg dicipta ada sebabnya. so, sama2 menghargai tak kira haiwan , alam semula jadi @ sesama manusia.

    :)

    ReplyDelete
  12. SubhanAllah....
    TERsentuh baca entri ni ,
    Lps ni nak bljr menyukai binatag wlupn geli... :)

    ReplyDelete
  13. love it... bukan semua org share kisah cam ni... tq =)

    ReplyDelete
  14. thanks for sharing..1st time baca kisah ulat ini..

    ReplyDelete
  15. sama2 makhluk nasihat menasihati... tapi sekarang? manusia sama manusia nak tegur kesalahan pon kena melenting...

    terima kasih atas cerita ni, menjadi tauladan

    ReplyDelete
  16. huhu binatang yg kita lihat diam je sentiasa
    pun sebenarnya berzikir kpd Allah
    thx for sharing~

    ReplyDelete
  17. ohooho T_T
    terase sgt bersalah. hohoho

    ReplyDelete
  18. semua mahluk beribadat kpd Allah kecuali jin & syaitan yg ingkar.....

    ReplyDelete