Thursday, December 16, 2010

Wanita Solehah Hiasan Dunia..

Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
 

"Dunia ini adalah harta benda dan sebaik-baik harta benda dunia itu ialah wanita yang shalihah." (Riwayat Muslim)

Wanita merupakan salah satu makhluk kejadian Allah SWT yang paling banyak mendapat sorotan dan perhatian.Oleh sebab itu, banyak sekali hadis2 tentang wanita serta buku yang telah ditulis oleh para ulama, istimewanya wanita sehinggakan di dalam Al quran pun terdapat surah yang dinamai dengan An-Nisa.


Siapakah Wanita Solehah?

Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat daripada kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat daripada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan susuk tubuh kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kamu.. "
(Hadis Riwayat Muslim)

Muslimah sejati juga tidak dilihat daripada bentuk tubuh badannnya yang mempersonakan, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersonakan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dilihat daripada keikhlasan ketika dia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicarakan.

Muslimah sejati bukan dilihat daripada keahliannnya berbahas, tetapi dilihat daripada bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.




"Wahai-wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan lain, jika kamu bertakwa.Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik"
(Surah Al-Ahzab : 32)"

Muslimah sejati bukan dilihat daripada keberaniaannya dalam berpakaian 'grand' tetapi dilihat daripada sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat daripada kekhuatiran dirinya yang mengundang orang lain jadi tergoda.

Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada beberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat daripada sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Allah..Dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan.

Muslimah sejati bukan dilihat daripada sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat daripada sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

Dan ingatlah kakak-kakakku, adik-adikku ......

Jadikanlah dirimu mawar yang menyeri dan menguntum di jalan Allah dan biarkan mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah"

Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..

5 comments:

  1. ramai yg tau kebaikan wanita solehah..tp tak ramai yg cari golongan camni nak buat isteri..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah akan dijadikan panduan..^__^

    ReplyDelete
  3. be exclusive ;D
    our aurat is only for the person who have the rights to see

    ReplyDelete
  4. lelaki seksi pilihan wanita2 dunia...

    ReplyDelete