Thursday, December 23, 2010

Telefon Bimbit Selamat..

Frekuensi elektromagnet terbukti selamat

KUALA LUMPUR: Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang Gandum, berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2010 yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit.


Frekuensi elektromagnet telefon selular ini tergolong dalam radiasi tidak mengion, atau Non Ionized Radiation, iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul di badan kita.

Apa yang terhasil daripada radiasi tidak mengion ini hanyalah rasa hangat di telinga apabila bercakap terlalu lama, katanya di Dewan Negara semalam bagi menjawab soalan daripada Senator Mohd Khalid Ahmad.

Beliau berkata, kajian sudah dijalankan ke atas 5,117 kes barah otak di 13 negara oleh 21 pakar saintis dan tiada bukti saintifik yang menunjukkan frekuensi elektromagnet telefon selular mengakibatkan barah otak.

KPKK prihatin dengan kebimbangan masyarakat terhadap frekuensi elektromagnet telefon selular yang dihasilkan dalam penggunaan perhubungan saluran telekomunikasi tanpa wayar.
Kebimbangan itu berpunca daripada kurangnya kesedaran dan pengetahuan masyarakat berhubung frekuensi elektromagnet telefon selular dan juga penyebaran maklumat yang tidak tepat mengenainya, katanya.

credit to BH

8 comments: