Friday, December 3, 2010

Squasy Negara Layak ke Separuh Akhir..

DELIA Arnold yang bertarung hampir satu jam setengah menentang pemain Mesir, Engy Kheirallah, akhirnya muncul wirawati negara ketika mengejutkan juara bertahan itu 2-1 pada suku akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia di Palmerston North, New Zealand, semalam.

Skuad wanita negara yang diketuai pemain nombor satu dunia, Nicol Ann David, ketinggalan 0-1 selepas Low Wee Wern tumpas mudah di tangan Raneem El Weleily, 11-5, 11-4, 11-4 dalam tempoh kurang setengah jam.



Nicol bangkit menyamakan kedudukan, tetapi terlebih dulu dipaksa bekerja keras oleh Omneya Abdel Kawy yang mengheret perlawanan ke set keempat selepas merampas set ketiga sebelum menang 11-9, 11-3. 8-11 dan 11-4.
Semuanya bergantung kepada Delia untuk memberikan mata kemenangan dan pemain negara itu tidak mengecewakan apabila bermula baik pada set pertama untuk kemenangan 11-9, tetapi Engy pantas menyamakan kedudukan pada set kedua 11-6.

Set ketiga menyaksikan wakil negara cemerlang meninggalkan lawan 11-3 tetapi kemudian tewas 9-11 pada set keempat sebelum Delia mengesahkan tiket skuad negara ke separuh akhir dengan kemenangan set penentuan 11-8.

Malaysia yang pencapaian terbaik di kejohanan ini adalah tempat ketiga pada dua edisi lalu (2008 dan 2006), kini berpeluang memperbaiki pencapaian sekiranya berjaya menundukkan Australia pada pertemuan separuh akhir hari ini. Tuan rumah, New Zealand bakal berdepan naib juara, England.

credit to BH

8 comments: