Sunday, December 26, 2010

Keputusan Final Piala AFF Suzuki 2010 : Malaysia Bakal Lakar Sejarah..

Keputusan penuh perlawanan Akhir pertama dikuasai oleh Malaysia dengan jaringan 3 gol..Perlawanan Akhir Pertama Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Bukit Jalil berkesudahan dengan berita yang akan menggegarkan sukan tanah air negara..

Pasukan bola sepak Malaysia mungkin akan melakar sejarah baru..Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali ( 2 gol) dan Ashaari Shamsudin 1 gol..


Pasukan negara sudah hampir pasti untuk menjulang Piala AFF Suzuki atau sebelum ini dikenali sebagai Piala Tiger..Namun begitu skuad bimbingan Rajagopal tidak boleh mendabik dada selagi belum bertandang ke Bung Karno, Indonesia..

Kita harapkan pasukan negara dapat mengekalkan prestasi dan rentak permainan yang amat membanggakan malam ini..Apa pun pasukan kita sudah berada di landasan terbaik..Pasukan Malaysia akan menentang indonesia pada perlawanan Akhir kedua di Bung Karno pada hari Rabu nanti..(29/12/2010)..

20 comments:

  1. harap takde lagi insiden laser lps ni kat sane.. :)

    ReplyDelete
  2. mungkin ada insiden laser 2..mane taw dorg nk balas dndam ngn kite. paper pn hope team kte main ngn pnuh semngt cm td.. xhnti serangan..hehehe

    ReplyDelete
  3. yeahhhh,,tahniah malaysia,,InsyaAllah nanti kita menang

    ReplyDelete
  4. skuad mlaysia diharap meneruskan prestasi mcm ni ble btandang di sne..jgn di psycho oleh peminat2 indon kt sne

    ReplyDelete
  5. terbaikkkklahhh!!!
    tapi still attitude penyokong kena ubah..semangat kesukanan bukan hanya pada player, tapi turut pada penyokong~~

    ReplyDelete
  6. aku post status pasal bola kt fb, terus member indon aku balas post tu "Jangan Senang Lu"...

    ReplyDelete
  7. tahniah malaysia!
    hopefully next match okay lagi...
    ^__^

    ReplyDelete
  8. tahniah malaysia utk game kali nie. ;)

    ReplyDelete
  9. dah agak dah Malaysia menang.. hehe (;

    ReplyDelete
  10. tahniah buat skuad malaysia serta rajagopal.... malaysia bole!!

    ReplyDelete
  11. c0ngratz Malaysia!!..mmg enj0y gile smlm tngok M'sia main..,mntap..

    ReplyDelete
  12. hanya selangkah lagi untuk mencipta sejarah baru bola sepak negara^_^

    ReplyDelete
  13. Ayo,garuda.Bangunlah dan tewaskan harimau malaya.

    ReplyDelete
  14. Menang kalah hanya sebuah pertandingan yg pasti ada yg menang dan kalah. Yang menang patut berbangga, dan yang kalah jangan bersedih dan jangan pula menjadi alat permusuhan.

    Saya sbg orang indonesia yg baik, dah pasti dukung team kami. Mari kita tonton bersama partai penentu kejayaan di GBK. Saya sangka 0-2 untuk indonesia// :D

    ReplyDelete
  15. doa terbaik untuk malaysia.
    bukan sahaja untuk team bola.
    tapi untuk semua malaysian.
    amin.

    ReplyDelete
  16. Saya Orang Indonesia...apapun keputusannya nanti kami akan sportif...!!!!!

    ReplyDelete