Perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2010 yang menampilkan pemain-pemain muda dari setiap pasukan telah sampai ke penghujung saingan..Perlawanan final akan berlangsung pada 11 Disember 2010 di Stadium Sultan Muhammed ke-IV, Kota Bharu..Harga tiket berbumbung RM15 sementara terbuka RM10 dan kanak-kanak RM5..
Perlawanan akhir ini melibatkan dua pasukan bola sepak gergasi tanah air iaitu Kedah dan Kelantan..Kelantan layak ke final selepas menang secara agregat 4-0 ke atas Terengganu manakala Kedah menang secara agregat 3-1 ke atas pasukan Johor..
Pasukan Kedah akan berdepan tugas berat untuk menjinakkan Kelantan bagi memastikan kekecewaan pada musim lalu tidak akan berulang kembali..Pada final musim lalu Kedah tewas di tangan Perlis 2-0..
No comments:
Post a Comment