Wednesday, December 22, 2010

Bayar cukai pendapatan melalui Pos Malaysia

Cukai pendapatan kini boleh dibayar di mana-mana cawangan Pos Malaysia dan melalui transaksi dalam talian di www.posonline.com.my mulai 15 April 2010.

“Perkhidmatan baru ini yang ditawarkan dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi kemudahan untuk pelanggan membayar Cukai Pendapatan mereka di mana-mana satu daripada 696 cawangan Pos Malaysia di seluruh negara ataupun menerusi internet dengan hanya menekan tetikus mereka,” kata Pos Malaysia dalam satu kenyataan, hari ini.


Ia berkata, kaedah pembayaran bagi transaksi di cawangan Pos Malaysia hanya dalam bentuk tunai manakala transaksi melalui PosOnline dilakukan dengan mendebit daripada akaun peribadi pelanggan dari mana-mana bank berikut:

- Hong Leong Bank

- CIMB Bank

- RHB Bank

- Bank Rakyat

- EON Bank

- Affin Bank

- Al-Rajhi Bank

- Bank Islam

- MEPS CASH.

“Tiada caj tambahan dikenakan kepada pelanggan bagi penggunaan saluran pembayaran kami,” kata Pos Malaysia.

- Bernama

No comments:

Post a Comment