Wednesday, November 3, 2010

Dua Perkara Blogger Wajib Tahu..

Salam semua..Semoga sihat ye..Antara dua nikmat yang terbesar yang Allah bagi kat kita iaitu sihat dan masa lapang..Ok..Dua perkara yang blogger-blogger perlu ambil cakna ialah muzik atau lagu dekat blog dan pop up yang keluar dari blog..Mungkin ada yang perasan mungkin ada yang buat-buat x perasan..

Bab 1..

Situasi 1..
Mak Cik Minah mengidap sakit jantung dan serangan sakit jantung akan menyerang Mak Cik Minah bila-bila masa je, terutamanya bila dia terkejut..Pada suatu hari Mak Cik Minah search kat google nak cari resepi untuk masak untuk anak-anak dia..Dan keluarlah list kat google tu..Mak Cik Minah nampak resepi ayam kari berempah ala Perancis dan terus klik ke link tu..Link tu adalah blog salah seorang blogger..Kebanyakkan orang default sound adalah maksimum, termasuklah Mak Minah..Malang tidak berbau, tiba-tiba satu muzik kuat telah keluar dari blog tersebut..(Apa lagi Mak Minah pun layan la...hahaha..gurau je..) So,akibat terkejut Mak Minah diserang sakit jantung..Sekarang Mak Minah terlantar di wad sambil mengidam ayam kari berempah ala Perancis..

Ulasan 1..
Mungkin bagi blogger yang suka akan muzik memang tidak dinafikan mereka akan letak muzik itu..Boleh dikatakan ramai jugak yang letak..Bagi kita memang tak terkejut sebab kita dah tau muzik tu ada kat situ..Kalau kawan-kawan kita pun mungkin dia dah tau..Tak pun kalau Ben Ashaari letak kan..Korang tiap-tiap hari masuk blog dia..Memang dah ready dah..Tau dah muzik tu akan keluar..So,fikir-fikirkan lah..

Cara Mengatasi 1..
"Saya kalau tak ada muzik dalam blog saya memang tak boleh, sehari tak dengar muzik memang confirm kena high fever"..Kalau kronik macam ni punya kes mudah je..Korang letak je muzik tapi jangan buat auto play..Kesian kat Mak Cik Minah..Kepada yang berkenaan harap-harap entry ni dapat memberi satu dua info yang mungkin berguna..

Bab 2..

Situasi 2..
Azlan telah membeli sebuah laptop kat Low Yat..Tingkat atas sekali..Oleh kerana kekurangan wang, Azlan telah membeli laptop 2nd hand yang tunggu hari je nak meletop..Azlan seorang pelajar yang suka baca blog orang..Terutama blog pompuan..(huhu..gatai betoi Azlan ni)..Disebabkan minat beliau yang mendalam terhadap blog, Azlan pun telah membuka banyak blog sekaligus..10 je pun..Seperti biasa, malang tidak berbau, kesepuluh-sepuluh blog tersebut ada pop up dari widgeo..So, sekarang Azlan dah buka 20 page..(..10+10=20..hahaha..) Disebabkan keuzuran laptopnya, laptop Azlan telah terhenti dan tidak berfungsi..(..rosak kot..laptop hanged..)..Azlan yang kekurangan wang tidak mampu untuk memperbaiki laptop tersebut..Tambahan pula separuh dari biasiswa Azlan telah digunakan untuk membiayai perubatan Mak Minah..( Owh..rupanyan Azlan ni anak Mak Minah..)

Ulasan 2..
WaveX tak nak ulas panjang-panjang..semua dah faham rasanya dari cerita Azlan tu..Selalunya pop up widgeo akan keluar kalau korang guna widget dia..Macam online counter dan banyak lagi..Yang menariknya, widgeo ni antara ranking tertinggi alexa kat Malaysia..Padahal tak ada orang nak buka pun..Memang taktik kotor punya la..

Cara Mengatasi 2..
Banyak je widget dari syarikat lain..Guna je yang lain..Tapi tu hak korang..Fikirlah untuk kebaikan Azlan dan emaknya..

Sebenarnya banyak lagi perkara penting yang para blogger sekalian perlu ambik cakna..Contohnya warna blog dan background..Apa pun rasanya dua ni dulu dari waveX..Kepada yang berkenaan jangan ada yang simpan dalam hati..Kita bincang elok-elok..Mana yang baik kita kongsi..Sekian..Selamat Beramal..

15 comments:

  1. adeyhh..klaka lak entry niy..sbb mak minah tu rupenye mak azlan..boleh wat saye gelak....hehe..dulu saye de letak lagu..tapi serabut kepala la...dah buang dah..lgpon berat weigh page saye.... by the way..widgeo tu camne?..my blog ade tak widgeo tu?....

    ReplyDelete
  2. setuju, lagi2 yang ada muzik tu, adoiii tensen nyahhh huhu
    pernah zati bukak sekali 5 blog, lima2 blog ad muzik, apekah???
    last jawapnye zati tekan X terus, haaaa xpsl2 dorg ilang trafik huhu ^^

    ReplyDelete
  3. @zati

    Bukan diorang hilang trafik tapi yang hilang trafik,,ngeh3..x sempat nk tinggak jejak..

    ReplyDelete
  4. bunyi tu memang mengganggu ketenteraman awam btol..lgpon masa nak membaca, lagu kat blog bleh kacau pokes..

    pasal widgeo pon..asyik popup je..sakit jiwa kalo nak blogwalking..tak tau mende yg bleh sekat widgeo tu..tp pakai flock mmg senang nak close trus widgeo popup tu..just flock tak best sgt utk blogwalking..

    ReplyDelete
  5. ha ah..entry bernas...
    pendapat sama cam chekleen

    ReplyDelete
  6. letak muzik ni, buat blog jadi lambat loading.Seeloknya jgn pakai. Tapi terpulangla pd tuan punya blog sama ada suka muzik ke atau sanggup hilang trafik.

    ReplyDelete
  7. ye! saya sokong awak! penah jugak buat entry macam ni dulu. em sebagai blogger yang berhemah, kenelah fikir tentang orang lain jugak. betul tak? ;)

    ReplyDelete
  8. good one! kadang2 nak pecah telinga letak lagu autoplay kuat2

    ReplyDelete
  9. huhu..bagus la cara penyampaian :)

    ReplyDelete
  10. Entry yang superb. Haha. Memang lawak la.

    ReplyDelete
  11. hahahaha, alahai mak minah..
    "opocot mak kau" mak minah melatah.. haha

    ReplyDelete