Monday, November 1, 2010

Red Warrior Juara Piala Malaysia 2010..

Assalamualaikum..Mungkin waveX sedikit terlambat menulis tentang tajuk ini..Apa pun tahniah kepada Red Warrior atas kemenangan yang dijulang sabtu lalu..Kemenangan 2-1 hasil jaringan Hairudin Omar dan Badri Radzi sudah cukup untuk membuat ratusan ribu penyokong Kelantan tersenyum..

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada the red warrior..Penantian selama 89 tahun memang satu jangka masa yang panjang..Tapi mungkin ini adalah titik tolak kepada Kelantan untuk memenangi lebih banyak piala lepas ni..Tahniah kepada penyokong2 kerana tiada insiden-insiden yang teruk berlaku..

Sambutan dari penyokong Kelantan yang tidak ke stadium juga amat menarik..Malam perlawanan di KB terdapat ramai pemuda bermotosikal TANPA HELMET berarak membawa bendera kelantan sambil membunyikan hon..Ada juga yang keluar dari tingkap kereta sambil memegang bendera Kelantan..Agak bahaya aksi yang ditunjukkan..Apa pun harap dia selamat tiba di rumah..

Pada pagi Ahad Kelantan dibasahi hujan..Namun sambutan tetap hangat..Rombongan yang pulang dari KL tidak henti2 membunyikan hon..Dalam perjalanan kita lihat kanak-kanak sanggup bermandikan hujan sambil mengibar bendera Kelantan di tepi jalan..Semangat yang sebegini mungkin akan melahirkan ramai lagi jaguh-jaguh bola sepak yang professional dari Kelantan..Bukan kanak-kanak sahaja.tapi ada juga 2,3 orang lanjut umur..Terharu betul..Tahniah kepada kelantan...

Majulah Sukan Untuk Kelantan!!

3 comments:

  1. tahniah kepada pasukan kelantan..kita jumpa lagi tahun depan. hobin jang hobin :)

    ReplyDelete
  2. semoga semangat yg ditunjukkan para penyokong kelantan menjadi ikutan penyokong negeri-negeri lain dan seterusnya dapat meningkatkan mutu bolasepak Malaysia..

    ReplyDelete