Monday, October 25, 2010

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

18 comments:

  1. halamak...dah tak boleh nak pilih lagi lah..cukuplah "dia" sampai syurga..huhu.

    ReplyDelete
  2. bahagianya kalau "dia" ada ciri2 di'ats nie. wewe

    ReplyDelete
  3. eh...cm sme je dgn shino ni..ahakss...

    ReplyDelete
  4. hopefully jumpa si dia yang macam ni.. walaupun diri ini serba kurang

    ReplyDelete
  5. payah oo..ada 2 dalam sejuta kot..

    ReplyDelete
  6. Jadilah insan yang baik, otomatik si otoman yang baik akan ada untuk kita... weheeee...

    "Wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan begitu juga sebaliknya"

    ReplyDelete
  7. Telah ditulis perempuan yg baik utk laki2 yg baik..insyaALLAH.....

    ReplyDelete
  8. semoga memperoleh jodoh yg terbaekk InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  9. Hrp2 dpt jumpa seperti yg digariskan itu...uuuu!

    ReplyDelete
  10. ni baru utk lelaki....nanti dah jd suami, byk lg tuhhh.....
    apa2 pun, entry yg baik...menyedarkn ramai org...
    muhasabah yg penting....

    ReplyDelete
  11. :"> Saya sangat suka ini bagi lelaki2 semua baca and perempuan kena alert !!!

    ReplyDelete
  12. info yang sangat berguna... saya sgt suka, ada skit penyedaran buat semua golongan suami.

    Oh! dara

    ReplyDelete
  13. lelaki yg baik utk perempuan yg baik begitu juga sebaliknya...fikir2 kan

    ReplyDelete
  14. Sukaa entry ni ;) Sbgai tips untuk perempuan-perempuan memilih bakal suami . haha :P

    ReplyDelete
  15. semoga mendapat jodoh dan bakal suami mcm tu :)

    ReplyDelete