Tuesday, October 19, 2010

KELEBIHAN WANITA SOLEHAH 3


Assalamualaikum semua..Hari ini kita sambung lagi dengan kelebihan wanita solehah siri ke-3 dan terakhir..kesemua 58 kelebihan yang disenaraikan..
Semoga bermanfaat kepada wanita-wanita,ibu-ibu,para isteri dan kepada semua tidak kira lelaki atau perempuan..




49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".
Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu belum dibuat. Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya.

credit to..http://halaqah.net/

7 comments:

  1. beruntung jadi wanita.. tapi kenala jadi yang solehah ye
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  2. Bertuahnya menjadi wanita... Semoga Allah meletakkan kita para isteri antara 58 golongan wanita soleha tersebut... Terima kasih tuan blog kerana entry yang cukup bagus.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum... Semoga kita semua menjadi wanita solehah... Amin...

    ReplyDelete
  4. salam....sememangnya bertuah menjadi seorang wanita.. sesungguhnya hiasan dunia adalah wanita..n seindah hiasan adalah wanita solehah..semoga kita juga menjadi wanita solehah..amin.. :)

    ReplyDelete
  5. Tapi zaman sekarang ni memang sukar nak cari wanita solehah..

    ReplyDelete
  6. kalau tidak dapat jadi macam mereka yang diceritakan sepenuhnya..sekurang-kurangnya contohi dan berusaha memperbaiki diri.

    insyaallah.

    ReplyDelete