Saturday, October 23, 2010

Berbekam..Adakah anda sudah melakukannya??

Bekam adalah pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pengubatan dan mengekalkan kesihatan. Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada badan seseorang.

"Bekam dipercayai telah wujud sejak zaman purba seperti di Greek dan dan di Mesir. Pada masa itu bekam adalah dengan menggigit kulit untuk mengeluarkan darah sebelum ia disedut.

"Pada zaman Nabi Musa, bekam turut digunakan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit," jelasnya.

Bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Pada zaman Rasulullah SAW bekam adalah dengan menggunakan tanduk.

Terdapat 2 jenis bekam

1.Bekam Kering/Angin - Pembekaman dibuat pada tubuh badan tanpa sayatan .Darah kotor tidak keluar dari permukaan kulit cuma angin dan air sahaja yang keluar dari badan.  

2.Bekam Basah/Darah - Pembekaman dibuat dengan sayatan,darah kotor,air dan angin akan keluar dari permukaan kulit.Tubuh badan akan terasa lebih segar dan cergas.

Berbekam Para Sahabat ketika berpuasa

Al-Hafiz menerangkan dalam kitab Al-Fath:Jumhur para ulama megatakan bahawa puasa tidak batal dengan berbekam dengan syarat badan yang kuat untuk dibekam.Bila badan menjadi lemah lalu pitam dan muntah maka batallah puasa.

Sandaran Hadith:Dalam Shahih Bukhari bab kitabus saum,disebutkan:Bakir berkata dari Ummu 'Alqomah R.Anha ,"Dahulu kami pernah berbekam di hadapan 'Aisyah R.Anha bersama anak-anak saudara 'Aisyah maka kami tidak dilarang oleh beliau sedangkan saat itu kami sedang berpuasa".Kejadian ini telah berlaku dirumah 'Aisyah sendiri selepas kewafatan Rasullullah S.A.W.

2 comments:

  1. ..pernah buat bekam lintah..

    link kat sini:
    http://theun4givenii.blogspot.com/2010/09/kenapa-muka-aku-ader-darahhuhuuuu.html

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi berbekam...tapi kalau berurut untuk buang angin ada...hehehehe

    ReplyDelete