Pada logik Islam, apabila kita bergantung kepada pemuda, bukanlah bermakna kita melupakan
peranan orang-orang dewasa dan juga orang tua, atau memperkecil-kecilkan kedudukan mereka
seperti fahaman Korainisme di mana seorang pemimpin mereka selepas revolusi telah menuntut
supaya dihapuskan kesemua orang-orang tua supaya tidak menjadi beban kepada negara.
Menurut Islam setiap manusia ada peranannya. Setiap peranan harus diberikan haknya, tanpa
ada rasa sensitif, tanpa ada pertentangan. Mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah berikut:
1) Dirahmati Allah seorang yang mengenal batas dirinya dan dia melakukan apa yang
sepatut dilakukannya.
2) Bukan dari kalangan kita mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani
anak-anak kecil.
3) Kebenaran itu diterima walaupun datangnya dari seorang anak kecil atau orang tua
walaupun ianya kerabat jauh yang tidak disukai, sementara kebatilan itu ditolak walaupun
datang dari anak kecil atau orang tua yang dekat lagi dikasihi.
No comments:
Post a Comment