Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Petang ini waveX ingin membincangkan sedikit mengenai makanan yang tidak halal (haram)..Sumber makanan yang tidak halal boleh diperolehi melalui pelbagai cara..Contohnya rasuah, judi, jual arak, riba dan sebagainya..Benarkan makanan yang tidak halal dapat menjadikan anak kita derhaka??
Asas keperluan dalam kehidupan bermula dengan lima perkara iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, dan pendidikan..Aspek halal merupakan perkara yang penting dan perlu dititikberatkan..Allah berfirman "Dan makanlah apa yang diberikan kepada kamu daripada makanan yang halal dan baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman dengan-Nya" (al-Maidah:88)..
Apabila mengambil makanan tidak halal, hati seseorang akan keras dan tertutup..Doanya bukan sahaja tidak dimakbulkan, malah ibadatnya pun tidak diterima..Tiada rahmat dan berkat yang diturunkan Allah..Apabila ia juga diberikan kepada keluarga, anak isteri pun menjadi derhaka..Keluarga porak peranda dan kesihatan turut terjejas..
Jadi, carilah rezeki yang halal dan baik serta tidak syubhah..InsyaAllah selamat dunia dan akhirat..
Selamat Menyambut Hari Raya Haji.
ReplyDelete