Kesesakan bermula kira-kira jam 2 petang sebelum berlarutan akibat penutupan lebuh raya menyebabkan kenderaan terkandas sepanjang kira-kira 10 kilometer dari Napoh ke pekan Changlun menyebabkan semua kenderaan diarah berpatah balik ke Jitra atau Bukit Kayu Hitam oleh anggota polis bertugas di lokasi.
Institut Perguruan Perlis |
Berikutan itu, lebuh raya di pekan Changlun di sini ditutup kepada kenderaan ringan bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.
Masalah lebih buruk apabila ramai ibu bapa dan keluarga yang pulang dari menghadiri majlis konvokesyen anak dan waris mereka di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok semalam, terpaksa berpatah balik selepas diarahkan polis.
Nazri Baharudin, 40, dari Johor Bahru berkata, dia bersama keluarga yang datang untuk menghadiri majlis konvokesyen adik perempuannya di UUM Sintok hari ini terpaksa pulang ke hotel di Jitra kerana laluan ke Sintok ditutup berikutan banjir di Changlun.
“Saya dan keluarga terpaksa pulang semula ke hotel di pekan Jitra yang terletak kira-kira 10 kilometer dari sini kerana bimbang paras air terus naik. “Saya berharap air surut dengan cepat bagi membolehkan kami menghadiri majlis konvokesyen adik,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.
Sementara itu, jurucakap UUM berkata, majlis konvokesyen ketiga dan keempat semalam berjalan lancar dan ramai ibu bapa hadir memenuhi dewan tetapi pihaknya menjangkakan jumlah itu berkurangan hari ini jika paras air meningkat dan jalan di pekan Changlun terus ditutup.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin pula berkata, lebih 50 anggota polis selain anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), petugas Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan banyak lagi terbabit dalam operasi membantu dan menyelamat mangsa yang terkandas atau berpindah ke tempat selamat.
Beliau berkata, setakat jam 4 petang semalam, seramai 247 mangsa dipindahkan dari beberapa kampung yang ditenggelami air di daerah Kubang Pasu ke pusat pemindahan banjir yang disediakan.
“Antara kampung yang terbabit iaitu Kampung Perupok, Kampung Lahar, Kampung Belukar, Jalan Changlun, Taman Sayang dan Jalan Kodiang-Arau.
“Jumlah mangsa dipindahkan mungkin bertambah berikutan hujan tidak berhenti sehingga hari ini (semalam) dan kami sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ketika ditemui di lokasi banjir semalam.
Sawaludin berkata, pihaknya turut menyediakan sebuah bot polis yang dibantu sebuah bot penyelamat bomba untuk menyelamat mangsa yang masih terperangkap di rumah masing-masing.
credit to: http://www.hmetro.com.my/myMetro/
Area kat Perlis pun agak teruk, Arau, Pauh... nasib baik kat Kuala Perlis (tempat saya) tak ada banjir
ReplyDeletehgway dr uum nk ke kuala perlis ade yg d tutup ka??
ReplyDeleteSama la tempat aku pun banjir gak
ReplyDeletetaman maheran sudah pun banjir,smj dan taman belakangnya banjir juga,ppd di kedah sudah tenggelam.skj dan skj3 sudah tenggelam.sekarang skbbd dijadikan pusat pemindahan.kemungkinan esk dh boleh pergi sek n kerja balik sebab dh 2 hari hujan x turun.
ReplyDeletetaman jalai jaya 1 dah dinaikin air yg tjj3 belakang pej pos belum, mengharapkan doa. Lama kita tak rasa susah dan panik apabila melihat air terus naik dan naik. Hanya pd Allah kita mengadu
ReplyDeleteTerima kasih kepada yang memberi maklumat..Sapa2 yang ada berita terkini boleh maklumkan kat sini..TQ.
ReplyDeletejalan mana ye boleh lalu ke alor setar? ada sape ada info x? dah cuba mcm2 jalan. tapi x boleh.dengar2 kata kalau lalu ikut ayer hitam boleh.betul ker?
ReplyDeleteya betul ikut jln putra alor star
ReplyDeletedari plus highway lepaih dak nak masuk bandar darul aman..aku dari kl..igt esok nak balik~
ReplyDeleteSaya pun ingat nak balik malam ni?Dari kl nak kluar mana nak balik perlis ni?serabut............
ReplyDeleteNak masuk bandar darul aman takat semlm xleh. i pun balik gak ptg semalm. keluar kat tol aloq setaq utara. lalu ikut pumpong-anak bukit, kena block. jalan tutup. side belah sana ayaq dalam.
ReplyDeletesalam semua..
ReplyDeleteesok saya nak blik kepala batas..huhuhu jln masih lagi tutup.air naik lg,tak ada tanda2 nak surut.
rumah mmg totally masuk ayaq.ptg td ayah naik moto p tgk rmh mmg xleh nak redah, ini kan pula keta.sg kepala btas air sgt deras.jln ank bukit-kepla bts-htg kg-bdr drlaman-jitra masih tutup.hgway plak lepas tol hutan kg dan ke atas masih tutup..pekan jitra terjejas truk. bah ni agak teruk than 2005..byk kan bsabar n ati2 utk mangsa banjir(aku sekali la tu)...
harap pada smua agar berhati2 semasa banjir.
ReplyDelete@Anonymousbagaimana taman jalai jaya II kepala batas, dah ditenggelami air ke belum setakat nie? Post pics k. Warga kedah
ReplyDeletesalam...la ni lih lalu dak g nak p canglon dri S.Petani?..tulong bagi yau sapa yang tau ..lbuh raya cakap xlih
ReplyDeleteallah dah bagi selut free..org2 kedah pandai2lah samak rumah kamu yg selama ni penuh tangkal dan azimat dan bomoh dan hantu raya...
ReplyDelete