Sunday, December 11, 2011

CintaKu..

Dunia..
Ibarat  air  laut, makin diteguk  makin terasa  kehausannya..
Begitulah  manusia  yang  mengejar  dunia  dan melupakan akhirat.. 
Semuanya  berlumba-lumba dalam  semua perkara..
Sedangkan amalan untuk akhirat diabaikan..


"Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah engkau semua terlampau cinta dalam mencari sesuatu untuk kehidupan, sebab dengan terlampau mencintainya itu, maka engkau semua akan mencintai pula keduniaan."


Tuesday, December 6, 2011

Beramal mestilah dengan niat..

Assalamualaikum semua..Setiap kali kita bernafas kita tak sedar yang diri kita ni sentiasa menerima nikmat Allah..Kadang-kadang kita lupa tentang nikmat yang Allah berikan..Antara dua nikmat yang utama, SIHAT dan MASA LAPANG..Kita sering lupa untuk bersyukur kepada Allah..Berapa ramai yang bersyukur??


Hari ni nak cakap pasal amal dengan niat..Setiap perbuatan yang hendak dilakukan mestilah disertakan dengan niat..Kadang-kadang ada yang terlupa tentang ni..Allah telah memberikan kesempatan untuknya beribadah tetapi niatnya pula salah..Betapa ruginya orang tu kan..Sebagai contoh, seseorang itu telah bersedekah kepada fakir miskin bertujuan untuk mendapat perhatian dan publisiti dari orang ramai..Jadi, dapat kita lihat dengan jelas..Niat merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam sesuatu amal atau ibadah..


Setiapa orang pasti akan makan..Macam mana nak menjadikan makan tu sebagai ibadah?? Adakah hanya untuk memuaskan nafsu perut semata-mata..Di sini, saya rasa konsep niat tu sangat penting..Jika seseorang itu berniat makan untuk menjadikan dirinya bertenaga untuk beribadah, maka, insyaAllah, Allah akan menerima amalan itu sebagai satu ibadah..

Sekian..Jika ada sebarang kesalahan atau apa-apa sila komen di bawah..Saya hanya memberikan pendapat..

How many ports in Malaysia?

Berapakah bilangan pelabuhan di Malaysia?? Sebagai rakyat Malaysia anda mungkin terlepas pandang fakta ni..

Malaysia mempunyai 18 bilangan pelabuhan kesemuanya..


This is a list of Malaysian ports and harbours:

Thursday, December 1, 2011

Cara menangani stres..

Cara menangani stres..

• Tarik nafas dan tahan pernafasan anda
• Kurangkan pergerakan atau berdiam diri untuk mengurangkan degupan jantung
• Legakan otot-otot anda
• Alihkan pemikiran negatif dan tidak rasional anda kepada yang lebih positif dan membina
• Tumpukan perhatian kepada perkara yang positif
• Gunakan jenaka untuk memulihkan perasaan stres
• Ubah tempat persekitaran anda
• Jauhkan diri anda dari suasana yang boleh memberi kesan stres
• Libatkan diri anda dengan aktiviti yang menyeronokkan
• Kenal pasti masalah dan cari jalan penyelesaiannya



Cara utk cegah stres..

1-kenali diri
2-amalkan senaman
3-amalkan pemakanan yg shat
4-amalkan tidur yg baik
5-punya shbt yg baik
6-punya kepercayaan hidup yg baik


Oleh itu..



"JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI STRES"