Assalamualaikum semua..Setiap kali kita bernafas kita tak sedar yang diri kita ni sentiasa menerima nikmat Allah..Kadang-kadang kita lupa tentang nikmat yang Allah berikan..Antara dua nikmat yang utama, SIHAT dan MASA LAPANG..Kita sering lupa untuk bersyukur kepada Allah..Berapa ramai yang bersyukur??
Hari ni nak cakap pasal amal dengan niat..Setiap perbuatan yang hendak dilakukan mestilah disertakan dengan niat..Kadang-kadang ada yang terlupa tentang ni..Allah telah memberikan kesempatan untuknya beribadah tetapi niatnya pula salah..Betapa ruginya orang tu kan..Sebagai contoh, seseorang itu telah bersedekah kepada fakir miskin bertujuan untuk mendapat perhatian dan publisiti dari orang ramai..Jadi, dapat kita lihat dengan jelas..Niat merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam sesuatu amal atau ibadah..
Setiapa orang pasti akan makan..Macam mana nak menjadikan makan tu sebagai ibadah?? Adakah hanya untuk memuaskan nafsu perut semata-mata..Di sini, saya rasa konsep niat tu sangat penting..Jika seseorang itu berniat makan untuk menjadikan dirinya bertenaga untuk beribadah, maka, insyaAllah, Allah akan menerima amalan itu sebagai satu ibadah..
Sekian..Jika ada sebarang kesalahan atau apa-apa sila komen di bawah..Saya hanya memberikan pendapat..
No comments:
Post a Comment