Ibadat yang benar & banyak.
Keinginan & hawa nafsu menghalang dari beribadat kerana berpusat pada keduniaan semata-mata. Jika sesorang telah di sibukkan oleh sesuatu urusan, maka dia akan melupakan atau meninggalkan segala urusan yg lain. Sedangkan dunia & akhirat di ibaratkan seperti dua wanita yg dimadu. Jika seorg bergembira, yg satu lagi akan kecewa. Atau seperti timur dan barat. Jika menghadap timur, sudah tentu membelakangi barat. Jika seseorg merasa tenteram dgn sesuatu perkara, misalnya mencari rezeki sambil beribadat, maka tidak perlu meninggalkannya. Dalam konteks kehidupan kita selaku pengamal perubatan, seharusnya kita mengimbangi kerjaya dan akhirat. Niatkan kerana Allah dan sudah tentu pahala di dalam akaun akhirat kita semua. Menurut syarak, adalah menjadi ibadat jika sesuatu itu di niatkan kerana Allah dan tidak melanggar hukum syarak.
Rasulullah bersabda: “Barangsiapa mencintai dunia, urusan akhiratnya akan tercicir”.(riwayat Bukhari & Muslim)
Dengan memerhatikan hadis di atas, hendaklah kita memilih yg selamat & kekal kerana keselamatan itu di berikan oleh Allah kepada org yg mengikuti petunjuk.
2. Banyakkan zuhud & mempertinggikan nilai amal
Menurut ulama’ zuhud itu terbahagi kpd 2:
· Zuhud yg mampu dilakukan oleh hamba Allah
o Tidak mengejar kesenangan dunia yg tidak dimiliki.
o Membahagikan kesenangan dunia yg dimiliki.
o Tidak berkehendak pada dunia di hatinya & tidak berusaha ke arahnya.
· Zuhud yg tidak mampu dilakukan oleh hamba Allah
o Segala sesuatu yg tidak dpt mempengaruhi hati untuk meninggalkan ibadat.
Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.(surah al-qasas: 73)
Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.
Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.(surah al-israa: 18-19)
Oleh yang demikian, sifat zuhud itu adalah mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu ia untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment