LONDON - Kenny Dalglish memberi amaran kepada kelab elit Liga Perdana
England bahawa pasukannya, Liverpool akan memecah penguasaan mereka
musim ini.Meskipun mengakui bahawa dia percaya anak-anak buahnya kini sudah
cukup bagus untuk kembali bersaing dalam empat kelab terbaik, namun
pengurus The Reds itu mengakui langkah terakhir selalunya adalah lebih sukar.Liverpool berkunjung ke Aston Villa hari ini dengan misi melonjak ke
tangga kelima liga sekiranya menang sekali gus memberi tekanan ke atas
empat pasukan di hadapan mereka menjelang tahun baharu.Dalglish menjelaskan pasukannya kini sudah boleh mencabar
pasukan-pasukan handalan lain selepas dia menggunakan pendekatan
strategi menyerang dalam permainan mereka."Kami semakin hampir. Walaupun ia hanya peningkatan yang sangat
kecil, namun ia tetap satu pencapaian besar buat kami," kata Dalglish."Sudah tentu ia sesuatu yang mencabar untuk kembali menjadi empat
pasukan teratas, tetapi prestasi kami juga sangat bagus dan kita lihat
sejauh mana kami mampu pergi."Kami perlu terus mengekalkan kepercayaan terhadap apa yang kami
lakukan, terus bermain seperti biasa dan lebih penting, tuah memihak
kepada kami."Kami percaya kami berada di landasan yang tepat, jadi kami akan terus melakukannya," tambahnya. - Agensi
No comments:
Post a Comment