Tuesday, January 15, 2013

Isu semasa - Bavhani dan Miss Sharifah

Apakah pendapat korang semua tentang perkara ini..Anda berpihak kepada siapa??

Antara pendapat Ustaz Hasrizal terhadap isu ini..

Mempertahankan maruah adalah tanda iman. Saya tidak pernah menyesal dengan tindakan kami yang sangat menyusahkan ketika itu. Namun saya amat kesal apabila Presiden Suara Wanita 1Malaysia ini bertindak memperbodohkan mahasiswi India berkenaan yang menyuarakan pendapatnya berbekalkan fakta, menimbulkan persoalan untuk dijawab dan mempamerkan keberanian untuk 'exercise' minda Menara Gadingnya yang tidak menerima bulat-bulat pendapat yang diajukan oleh panelis.

Sikap ego, menghina, dan rendah akhlak itu, menghina pelajar tersebut, dan yang paling mengecewakan saya, tiada seorang pun di depan tampil membela dan mempertahankan mahasiswi berkenaan. Saya tidak dapat membayangkan saya berada di dewan itu dan saya tidak berbuat apa-apa.

Presiden Suara Wanita 1Malaysia itu bukan siapa. Dia bukan menteri, dia bukan pensyarah, dia orang luar. Dia datang ke kampus anda dan menghina rakan anda, dan tiada apa yang dilakukan.

Maruah adalah perkara terakhir yang boleh menjadi matawang nilai diri. Jangan yang satu itu pun anda golok gadaikan.

Pembodohan, adalah jenayah memusnahkan bangsa!

Solidariti saya untuk mahasiswi tersebut. Moga rakan-rakannya berfikir, berfikir dan bertindak bijak.

Apa pulak kata Imam Muda Fakhrul..



Apa kata anda?? tepuk dada tanya selera..

No comments:

Post a Comment