Thursday, November 4, 2010

Apa Yang Berlaku di Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas..

Assalamualaikum, hari ini (4 November)  bermulalah pengundian di Batu Sapi dan DUN Galas..Waktu berkempen tamat jam 12 tengah malam tadi dan hari ini semua pengundi berdaftar disyorkan turun mengundi..Waktu mengundi bermula jam 8 hingga petang..Sedikit info mengenai kedua-dua kawasan ini..

Info Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi:

PRK Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B. Datuk Ir. Chong Ket Wah pada 9 Oktober 2010.

Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 9 Oktober 2010. Pecahan daftar pemilih di Parlimen Batu Sapi adalah seperti berikut:

Jumlah pemilih berdaftar: 25,582 orang

Jumlah pemilih biasa: 24,047 orang

Jumlah pemilih pos: 1,535 orang

Info Pilihan Raya Kecil DUN Galas:

PRK DUN N.45 Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Encik Chek Hashim Bin Sulaima pada 27 September 2010.

Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 27 September 2010. Pecahan daftar pemilih di DUN Galas adalah seperti berikut:

Jumlah pemilih berdaftar: 11,553 orang

Jumlah pemilih biasa: 11,426 orang

Jumlah pemilih pos: 127 orang

No comments:

Post a Comment