Wednesday, November 17, 2010

Seorang Maut, Dua Parah dalam Kemalangan di Kinabatangan..

Kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 68, Jalan Sandakan-Lahad Datu hari ini..Kesan daripada kemalangan tersebut seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah..

Kemalangan berlaku pada pukul 10.50 pagi..Wanita yang maut dikenali sebagai Nursia Yusof, 24 berasal dari Tawau..Meninggal di tempat kejadian..


Kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu Nursia dalam perjalanan dari Kinabatangan ke Sandakan, bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan..

Kedua-dua pemandu kereta yang cedera parah dihantar ke Hospital Daerah Kinabatangan dan berada dalam keadaan stabil, manakala jenazah Nursia dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat..

No comments:

Post a Comment