Monday, November 15, 2010

Keputusan Malaysia vs Iran Sukan Asia 2010..

Nampaknya niat pasukan Malaysia untuk layak ke suku akhir tidak kesampaian..Pemain Malaysia sudah bermain mati-matian namun persembahan pemain tampak lemah dan tidak bermaya, diselubungi pula dengan masalah kecederaan dan kad..

Keputusan penuh perlawanan Malaysia 1 - 3 Iran..Kesemua gol dijaringkan pada separuh masa kedua..Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Norsharul Idlan Talaha (min 86) melalui sepakan penalti..Sepakan penalti diperoleh selepas Norsharul sendiri dijatuhkan di dalam kotak penalti..

Sementara 3 gol Iran dijaringkan oleh Ansari Fard (min 53), Hosseini (min 59) dan Sharafi (min 67)..Permainan yang cantik dari Iran dan Iran banyak menguasai perlawanan..Apapun tahniah kepada pasukan negara kerana dapat maju setapak ke hadapan..Namun satu berita baik untuk kontijen negara apabila satu pingat emas telah dirangkul melalui acara wushu..TAHNIAH..

Keputusan Penuh Semua Perlawanan..

Iran 3 - 1 Malaysia
Oman 3 - 0 Hong Kong
China 0 - 3 South Korea
Qatar 0 - 1 Uzbekistan

Untuk Keputusan Malaysia vs China klik sini..
Untuk Keputusan Malaysia vs Jepun klik sini..
Untuk Keputusan Malaysia vs Kyrgystan klik sini..

Majulah Sukan Untuk Negara!!

No comments:

Post a Comment