Saturday, November 17, 2012

GAMIS Serah Memorandum Minta Bantuan Mesir


Kuala Lumpur, 16 Nov 2012 : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini diberitakan telah menye
rahkan satu memorandum berkaitan isu Gaza kepada Duta Mesir, Yusuf Hasyem di Kedutaan Mesir di ibu negara tengahari tadi.

Presidennya, Muhamad Azan Safar, telah delegasi berkenaan bersama Eikhwan Ali, Timbalan Presiden dan Izzaz Ismail, Ketua Penerangan GAMIS.

GAMIS menuntut tiga perkara daripada kerajaan Mesir :

1) Memastikan Kerajaan Mesir menghulurkan bantuan baik dari aspek material dan moral kepada penduduk Gaza.

2) Meminta Kerajaan Mesir menghantar pulang kedutaannya di Israel.

3) Menuntut Kerajaan Mesir menggesa Liga Arab dan OIC agar bertindak membantu rakyat Ghazzah dan mengecam serangan Israel ke atas Ghazzah.

Menurut wakilnya, pertemuan yang berlangsung hampir 40 minit itu disambut baik oleh Duta Mesir dengan mengatakan bahawa beliau yakin Kerajaan Mesir di bawah pimpinan Dr Morsi akan melaksanakan semua tuntutan tersebut dan memorandum berkenaan akan difakskan ke Mesir untuk maklumat kerajaan di sana.

Sumber : Penerangan GAMIS

No comments:

Post a Comment