Sunday, November 18, 2012

Kisah Burung dan Cicak



Tatkala Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh kaumnya, lalu datang seekor burung kecil menggunakan paruhnya untuk mengambil air lalu dituangnya kepada api. Ada seekor cicak pula datang kepada api lalu meniup2 agar api lebih marak.

Ditanya kepada burung, mengapa engkau berbuat begitu, tiada guna kerana air sekecil itu takkan mampu memadam api. Lalu si burung menjawab, aku tak mahu disoal di akhirat kelak kerana berdiam diri dan tidak menghulur bantuan. Si cicak pula dilaknat kerana usaha bantu memarakkan api walau tiada guna tiupannya itu.

Bagaimana sikap kita dengan umat Islam yg diserang musuh?

credit to shahirul.com

No comments:

Post a Comment