Monday, November 26, 2012

Tangisan Kanak-Kanak Palestin



Seorang kanak-kanak perempuan dipalestin ditembak lalu dibawa ke hospital. sesampainya di hospital, kanak-kanak itu terus dihantar kedoktor untuk merawatnya. Beberapa ketika kemudian kanak-kanak perempuan itu menangis, doktor yang merawatnya berkata " sabar, saya tahu ianya memang sakit, kamu bertahan ya, insyaAllah kamu akan pulih." Lalu kanak-kanak perempuan itu berkata sambil teresak-esak " saya bukan menangis kerana sakit, tapi saya menanggis kerana abi, ummi, kakak, abang juga adik saya yang lain masih berhempas pulas mempertahankan islam, sedangkan saya selesa berbaring disini." Doktor yang merawat kanak-kanak perempuan itu menitiskan air mata medengarkan jawapan itu. Sungguh tak menyangka sungguh bersih jiwa kanak-kanak perempuan itu.

Subhanallah, maha suci Allah. sungguh jika ditakdirkan kita berada di tempat kanak-kanak tu, apa perlakuan kita.
Umat islam ditindas, kita tahu tapi ramai yg lebih suka buat tak tahu. umat islam kelaparan, kita tak pernah mahu ambil tahu.

Bantulah umat islam yang lain, jika kita tak mampu membantu dengan tenaga atau duit, andai kita mendoakan itu juga dikira membantu, satu lagi yang kita dapat membantu umat islam. BOIKOT BARANGAN ISRAEL !

No comments:

Post a Comment