Wednesday, November 3, 2010

Berita Banjir Dari Akhbar..

Salam semua..waveX akan linkkan beberapa berita terkini untuk maklumat kepada semua..Kalau nak masuk link tu kalau boleh open in new tab..k TQ..

Berita Harian..
 
1."Di stesen keretapi lama mangsa yang ditempatkan di situ seramai 410 orang
manakala bakinya di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi yang baru dibuka malam tadi,"
katanya kepada Bernama.Petang semalam mangsa banjir yang dipindahkan di Rantau Panjang adalah
seramai 297 terdiri daripada penduduk Kampung Rantau Panjang Lama. Beliau berkata paras air Sungai Golok di situ pada bacaan jam 8 pagi ini surut sedikit iaitu 10.14 meter melebihi bahaya 9 meter.......Bacaan lanjut di Mangsa pindah di Rantau Panjang terus meningkat.

2.BACHOK: Seorang kanak-kanak, Siti Nor Ikma Mohd Rosli, 12, dari Kampung Kubur Tok Din, Repet di sini ditemui mati lemas dalam tali air berhampiran rumahnya dalam kejadian petang semalam di kampung itu...Bacaan lanjut di Kanak-kanak lemas dalam tali air di Bachok.

Utusan Malaysia..

1.Banjir yang melanda Perlis dan Kedah sejak semalam bertambah buruk hari ini apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkat.
Beberapa laluan masih ditutup dengan paras air sungai di kedua-dua negeri terbabit melepasi paras bahaya....Bacaan lanjut di Banjir di utara bertambah buruk.

Harian Metro.. 

1.RANTAU PANJANG: Tiga pusat pemindahan di jajahan ini mula dibuka sejak pagi semalam bagi menempatkan keluarga yang terjejas selepas rumah masing-masing dinaiki air berikutan hujan lebat sejak Jumaat lalu.Sehingga jam 5 petang semalam, tiga pusat pemindahan iaitu Stesen Keretapi Rantau Panjang, Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi dan Masjid Kubang Kual mula menempatkan 340 mangsa.....Bacaan lanjut di 3 pusat pemindahan dibuka di Rantau Panjang.

2.SINTOK: Seramai 1,350 graduan yang sepatutnya menerima ijazah pada hari ketiga Majlis Konvokesyen ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, semalam terpaksa pulang apabila majlis itu ditangguhkan berikutan banjir di Kedah semakin buruk....Bacaan lanjut di Hari ketiga Majlis Konvokesyen UUM terpaksa ditangguh.

3.ALOR SETAR: Banjir di Kedah bertambah buruk apabila seramai 14,818 penduduk membabitkan 4,188 keluarga di empat daerah di negeri itu iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Kota Setar dipindahkan ke 87 pusat penempatan apabila rumah mereka dinaiki air sedalam antara satu dan lebih dua meter berikutan hujan lebat sejak Sabtu lalu.......Bacaan lanjut di  >14,818 mangsa dipindah.
  
Sinar Harian..

Berpuluh kontena ikan terkandas di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. 

Banjir di Padang Besar semakin surut.


Hampir 1,500 keluarga di Kubang Pasu dipindahkan.


JKM Kelantan sedia tambah peruntukan untuk bantu mangsa banjir.






JPN arah sembilan sekolah ditutup segera.

16 jam terperangkap di atas pokok.

KUBANG PASU - MENCEMASKAN.....16 jam terperangkap di atas pokok dengan dikelilingi air bah yang berarus deras. Itulah pengalaman paling getir hingga nyaris meragut nyawa tiga sekeluarga, Johar Mat Saman, anaknya Nor Asimi dan anak saudara Johar, Mohd Rosidi Aziz. Mereka terpaksa menempuh detik mencemaskan itu setelah dihanyutkan arus banjir ketika datang untuk membantu keluarga mereka yang menjadi mangsa bencana itu di Kampung Lahar, Kubang Pasu, kelmarin.



KANGAR - Tenggelam.....Sebuah kereta yang ditinggalkan di hadapan rumah hampir tenggelam dalam banjir di Kampung Alor Redis dekat sini, hari ini. Sehingga petang semalam, seramai 4,536 mangsa banjir telah dipindahkan ke 35 pusat penempatan banjir sementara di seluruh negeri ini.


  
Sesiapa yang ada maklumat atau gambar yang ingin dikongsi boleh mesej kat facebook waveX..klik kat button atas tu..atau emel kat waveX..wavexrider@gmail.com..

Terkini Gambar Banjir Di Utara..(Kedah dan Perlis)..

Assalamualaikum..Semoga banjir yang melanda utara tanah air kita akan cepat surut..Kepada semua harap dapat berdoa kepada sahabat-sahabat kita di sana..Bersabarlah dengan ujianNya..InsyaAllah..

Di sini saya ada mengambil beberapa gambar dari facebook..Harap dapat memberi maklumat kepada semua..Terima kasih kepada yang Upload gambar ni..

Jalan Behor Pulai

Depan MPK

Depan gate IPG Perlis



Depan Kwsp/maybank kgr : gmbr ptg

Depan Perodua Kangar



Lagi berita----Banjir di Kedah
                      Banjir di Perlis

Kelebihan Suami Yang Bertaqwa..

Selamat pagi semua..Pagi yang hening ni, waveX nak berkongsi dengan korang semua 9 ciri suami bertaqwa..Banyak lagi sebenarnya..9 ni antara yang utama..

1.Tidak mensia-siakan isterinya..

2.Membimbing isterinya ke jalan yang diredhai Allah.

3.Menghormati isteri apabila dia mencintainya dan tidak memudaratkan tubuh isteri apabila dia membencinya.

4.Menjadi benteng bagi kehidupan isteri apabila dalam kesusahan dan sentiasa berkongsi kegembiraan dan kesenangan.

5.Sentiasa adil.

6.Tenang dalam menghadapi masalah.

7.Sentiasa mendoakan isteri dan anak-anak.

8.Berkelakuan baik terhadap ahli keluarga dan keluarga isterinya.

9.Mengimami solat jemaah.

Entry sebelum ni waveX ada kongsi 10 Sifat Calon Suami Yang Baik..Klik sini..Semoga bermanfaat..

Tuesday, November 2, 2010

Banjir di Kedah..(Jitra)..

CHANGLUN: Ribuan kenderaan yang dalam perjalanan pergi dan pulang ke Bukit Kayu Hitam, Sintok dan Perlis melalui Lebuhraya Utara-Selatan terkandas apabila Sungai Changlun naik setinggi 0.7 meter di Kilometer 10.5 lebuh raya itu di sini, petang semalam.

Kesesakan bermula kira-kira jam 2 petang sebelum berlarutan akibat penutupan lebuh raya menyebabkan kenderaan terkandas sepanjang kira-kira 10 kilometer dari Napoh ke pekan Changlun menyebabkan semua kenderaan diarah berpatah balik ke Jitra atau Bukit Kayu Hitam oleh anggota polis bertugas di lokasi.
Institut Perguruan Perlis

Berikutan itu, lebuh raya di pekan Changlun di sini ditutup kepada kenderaan ringan bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Masalah lebih buruk apabila ramai ibu bapa dan keluarga yang pulang dari menghadiri majlis konvokesyen anak dan waris mereka di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok semalam, terpaksa berpatah balik selepas diarahkan polis.

Nazri Baharudin, 40, dari Johor Bahru berkata, dia bersama keluarga yang datang untuk menghadiri majlis konvokesyen adik perempuannya di UUM Sintok hari ini terpaksa pulang ke hotel di Jitra kerana laluan ke Sintok ditutup berikutan banjir di Changlun.

“Saya dan keluarga terpaksa pulang semula ke hotel di pekan Jitra yang terletak kira-kira 10 kilometer dari sini kerana bimbang paras air terus naik. “Saya berharap air surut dengan cepat bagi membolehkan kami menghadiri majlis konvokesyen adik,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Sementara itu, jurucakap UUM berkata, majlis konvokesyen ketiga dan keempat semalam berjalan lancar dan ramai ibu bapa hadir memenuhi dewan tetapi pihaknya menjangkakan jumlah itu berkurangan hari ini jika paras air meningkat dan jalan di pekan Changlun terus ditutup.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin pula berkata, lebih 50 anggota polis selain anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), petugas Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan banyak lagi terbabit dalam operasi membantu dan menyelamat mangsa yang terkandas atau berpindah ke tempat selamat.

Beliau berkata, setakat jam 4 petang semalam, seramai 247 mangsa dipindahkan dari beberapa kampung yang ditenggelami air di daerah Kubang Pasu ke pusat pemindahan banjir yang disediakan.

“Antara kampung yang terbabit iaitu Kampung Perupok, Kampung Lahar, Kampung Belukar, Jalan Changlun, Taman Sayang dan Jalan Kodiang-Arau.

“Jumlah mangsa dipindahkan mungkin bertambah berikutan hujan tidak berhenti sehingga hari ini (semalam) dan kami sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ketika ditemui di lokasi banjir semalam.

Sawaludin berkata, pihaknya turut menyediakan sebuah bot polis yang dibantu sebuah bot penyelamat bomba untuk menyelamat mangsa yang masih terperangkap di rumah masing-masing.

credit to:  http://www.hmetro.com.my/myMetro/