Monday, January 3, 2011

Review Blog Bulan Disember 2010..

Assalamualaikum..Hari ni waveX nak review serba ringkas blog waveX yang tak best ni..Prestasi blog untuk bulan 12/2010 nampaknya sedikit merudum dari bulan sebelumnya..Apa pun keadaan trafik masih stabil..hehe..waveX teringin jugak nak pasang iklan macam blog lain, tapi layak ke?? Nuffnang je la yang layak pun..

Jumlah entry untuk Bulan Disember 2010 adalah 51 entry..Setiap entry mendapat unik view yang seimbang..Cuma beberapa entry lebih hangat antaranya..
Keputusan Final Piala AFF Suzuki 2010 : Malaysia Bakal Lakar Sejarah dan Blog Review oleh WaveX Rider @ WaveX Team..

Jumlah page view dan unik view bulan ni berkurang dari bulan lepas..


PV - 15, 068 dan UV - 9259 .. Jumlah purata pengunjung yang singgah blog waveX hanya 3 minit je..huhu..

Bulan ni waveX nak dedahkan keyword tertinggi yang orang search..banyak yang search guna google..Antara keywordnya ialah wanita solehah, jersey baru, Maher Zain dan banyak lagi..

Antara sumber pengunjung yang datang ke blog waveX adalah dari link (banyak dari BW dan blog list blogger lain) , en. google dan direct yang bermaksud ada orang yang bookmark blog waveX..Terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sering berkunjung ke blog waveX..Tak banyak yang waveX nak kongsi untuk review bulan Disember ni..Pesanan akhir, rajin-rajinlah blogwalking..hehe..

Review Blog Bulan November 2010
Review Blog Bulan Oktober 2010

Follower ke-777..

Assalamualaikum semua, setelah lama berblogging hari ni follower blog waveX dah mencecah 777 orang..Cantik no ni..waveX memang suka nombor 7..Bukti follower 777..

Siapakah insan bertuah 777 ni..Beliau merupakan Rose Johari, berasal dari Sabah..Sebagai follower bertuah waveX nak promote blog Rose ni kat korang..Jom terjah..

Ni ada sedikit kata2 Rose tentang blog dia.. "Aku Rose. Nak Kongsi apa-apa Cita Best kat Korang Semua. xpecially ttg agama, Hiburan, Pendidikan, Pengalaman, dan semua hal yang bukan sensetif isu punya...hahaha"..

Jom kita kenal mengenali antara blogger.. -----> http://macam2ceritaku.blogspot.com/

Astro Penaja Baru Bagi Liga Malaysia..

ANDAINYA percaturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjalan mengikut perancangan, saingan Liga Malaysia (LM) bakal menjadi salah satu liga terbaik di benua Asia pada 2014.
Bermula musim ini, tempoh empat tahun diperlukan badan induk bola sepak negara itu untuk menukar saingan liga tempatan menjadi kompetitif dari setiap aspek.



FAM juga sudah mengambil langkah pertama apabila bekerjasama dengan Astro untuk berurusan dengan pihak penaja berminat selain perkongsian keuntungan, promosi serta langkah lain bagi memeriahkan kembali bola sepak tempatan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, pihaknya sudah bersetuju menerima Astro sebagai penaja yang turut menyumbang RM120 juta kepada FAM untuk tempoh empat tahun bermula musim ini.

“Kita bersetuju menerima bidaan mereka dengan harapan dapat menjadi asas untuk menjadi lebih komersil selain meningkatkan prestasi pemain,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas exco persatuan itu di Wisma FAM, semalam.

Difahamkan penaja utama LM sejak lapan tahun lalu, Telekom Malaysia (TM) turut membuat bidaan untuk menyambung kontraknya namun tidak berjaya. TM sebelum ini dilaporkan menaja FAM dengan jumlah RM8.5 juta untuk tempoh setahun sejak 2002 manakala Dunhill yang menjadi penaja utama bermula pada 1989 memberikan kira-kira RM33 juta untuk badan induk bola sepak negara itu.


“Kita juga masih belum memutuskan jumlah geran tahunan yang bakal diberikan kepada pasukan yang bersaing walaupun ada peningkatan penajaan kerana perlu membuat penelitian terlebih dulu termasuk kos untuk mengurus aset FAM,” jelasnya.

Mengenai status penaja utama, Tengku Abdullah berkata perkara itu akan diputuskan Astro dalam masa terdekat, selain mewujudkan satu jawatankuasa bersama untuk menyelaraskan perkara itu.
“Mungkin...” katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan syarikat konglomerat telekomunikasi negara, Maxis sebagai penaja utama.

credit to Harian Metro