25 pesanan luqmanul hakim
01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg
dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat,
agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA,
ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,
maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan
sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima
kemulian dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam
beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan
lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat
kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan
yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi
tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu
boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan
untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar
takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa
dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana
tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan
sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar.
Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah
drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu
besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,
adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai
utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja
yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan
memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah
memberikan akibat yg berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati
atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang
mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan
duniawi sahaja.
12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila
makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana
manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu
barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan
musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta
nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu
mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak
ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka
setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu
menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah
terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam
kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau
mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis
wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya
seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu
padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun
biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak
ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu
adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu
selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH
bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk
yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata
yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila
berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan
manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana
sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti,
janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah
mensia siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg
pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa
yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini
mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari
mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan
nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau
tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana
nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya
kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah
tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat
talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Sekian, Wassalam.