Wednesday, November 30, 2011
Tuesday, November 29, 2011
Jihad..
Dari sudut bahasa, Jihad berasal daripada kalimah "al-Juhd",yang bererti keberatan dan kesusahan. Dipandang dari sudut ini, maka Jihad bererti mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai suatu matlamat atau cita-cita mulia dan ideal, iaitu matlamat dan cita-cita Islam serta mendapat keampunan Allah, keredhaan dan rahmatNya. Dalam pengertian yang lain, Jihad adalah mencakupi suatu usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai satu-satu tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan berbagai cara: alat, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Monday, November 28, 2011
SANG IBLIS MENGGODA KAUM HAWA..
1.menghilangkan definisi hijab.
a)membuka bahagian tangan.
b)membuka leher dan dada
c)berpakaian tetapi bertelanjang
d)agak dibuka sedikit
Keeper terbaik Liverpool vs Man City..
Berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya dari Downing, Suarez dan tandukan Andy Caroll pada minit-minit akhir..Kejayaan Man City mengekang Liverpool adalah berpunca dari keeper yang hebat ni..
Dan seorang lagi keeper terbaik malam ini..
Dan seorang lagi keeper terbaik malam ini..
Saturday, November 19, 2011
Pengemis adalah hadiah dari Allah
“Bantulah orang fakir dengan sebahagian harta kalian. Jangan pernah menolak pengemis, padahal kalian mampu memberikan sesuatu untuknya baik sedikit mahupun banyak. Raihlah kasih sayang Allah dengan pemberian kalian. Bersyukurlah kepada Allah yang telah membuat kalian mampu memberi. Jika pengemis adalah hadiah dari Allah, sementara kalian mampu memberinya, mengapa kalian menolak hadiah itu?! Bohong kalau kalian mendengar nasihat dan menangis di hadapanku, tapi saat orang datang meminta uluran tangan, kalian malah membiarkannya. Itu menunjukkan bahawa tangisan kalian belum kerana Allah.” -(Syeikh Abdul Qadir al-Jailani)
Friday, November 18, 2011
FIQH WANITA - Persoalan Aurat Wanita.
PERSOALAN AURAT WANITA
Dunia fesyen andai dilihat dari kaca mata Barat kelihatan glamor, anggun dan menawan. Namun andai dilihat dengan kaca mata yang dibimbing oleh syariat, dunia fesyen itu lebih menjanjikan “azab” di akhirat kelak. Apa tidaknya, setiap helai pakaian yang direka, majoritinya tidak mencapai standard yang telah digariskan Islam. Akhirnya demam berpakaian mengikut trend terkini itu merebak dalam kalangan wanita Muslimah, hingga kadangkala sukar dibezakan antara wanita Muslimah dengan yang lain.
Celoteh hari ini..
Mood : Hepi :-)
Lokasi : bilik tidur
Minuman : Jus Jambu Batu
Muzik : Ungu - Percaya Padaku
Rindu nak tulis blog..Tapi kadang2 tak da idea menarik nak tulis..Kesian kat blog ni..
Ranking pun dah jatuh banyak..Tak kisah la kan..Bukannya ramai pun pembaca blog ni kan...Hehe..
Sesiapa ada idea menarik untuk wave majukan lagi blog ni sila kemukakan ye..Nak buat permintaan untuk tulis entry pun boleh..Dialu-alukan kepada semua..Follower blog ni ramai tapi pembaca tak ramai..Hmm, kelemahan kat penulis ni jugak..
Thanks kepada yang sudi membaca..
Lokasi : bilik tidur
Minuman : Jus Jambu Batu
Muzik : Ungu - Percaya Padaku
Rindu nak tulis blog..Tapi kadang2 tak da idea menarik nak tulis..Kesian kat blog ni..
Ranking pun dah jatuh banyak..Tak kisah la kan..Bukannya ramai pun pembaca blog ni kan...Hehe..
Sesiapa ada idea menarik untuk wave majukan lagi blog ni sila kemukakan ye..Nak buat permintaan untuk tulis entry pun boleh..Dialu-alukan kepada semua..Follower blog ni ramai tapi pembaca tak ramai..Hmm, kelemahan kat penulis ni jugak..
Thanks kepada yang sudi membaca..
Saturday, November 12, 2011
FIQH WANITA - Istihadah..
ISTIHADHAH:
S: APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTIHADHAH
J: Istihadhah ialah darah yang keluar dari bahagian bawah rahim pada selain waktu haid dan nifas. Oleh itu, darah yang keluar melebihi masa terpanjang haid atau nifas, atau kurang daripada masa terpendek haid atau nifas dinamakan istihadhah. Begitu juga darah yang keluar dari kanak-kanak perempuan yang belum mencapai umur sembilan tahun.
Emas Pertama Malaysia Sukan SEA 2011..
Emas pertama kontinjen Malaysia diraih Nur Suryani Mohamed Taibi dalam acara 50m rifle 3 position di Palembang dalam sukan menembak.
Giveaway Like Page
Jom ramai-ramai join give Princess Diary..Boleh tolong dia menang sekali..:-)
Wave nak tag -
Sunah
Thursday, November 10, 2011
25 Things Random Giveaway by Penmerah.com
Jom join jom..Hadiah menarik menanti anda..
1. Barangan Kosmetik Stage
2. T Shirt Lelaki
3. Baju Perempuan
4. Barangan penjagaan muka perempuan dan lelaki
5. Perfume
6. Pendrive bentuk Canon dan Nikon
Mudah je nak join..
1. Buat entri dengan ”25 Things Random Giveaway by Penmerah.com”
2. Kena la follow blog Penmerah.com.
3. Copy banner comel kat atas tu dan letak dalam entri untuk join Random Giveaway.
4. Tag kawan – kawan minimum 3 orang aje
Wave tag..
Kontest sampai 10 november..Cepat!!p/s - referral tiefazatie
Subscribe to:
Posts (Atom)