Monday, December 17, 2012

Anak Kantoi ada BF


Nombor tidak diketahui 1 (SMS)
X : Hye , ade BF x?
Girl : Ade..nape?
X : Ini ayah kamu..ayah akan mengambil tindakan bile sampai umah nanti..

Nombor tidak diketahui 2 (SMS)
X : Hye,ade BF x?
Girl : X de..
X : Sanggup u wat I cam nie..I nie BF u tau..
Girl : Sorry laa tadi ayah I yg sms gune nombor laen, I pown takut laa kalau2 nie
nombor die gak..
X : Nie memang ayah kamu !! Ayah akan mengambil tindakan dua kali lebih berat !!

Sunday, December 16, 2012

Vacuum Cleaner dan Elektrik


Seorang salesman 'vacum cleaner' menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah pun, ia menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu.

"Puan," katanya, "saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang tertinggal, saya bersedia memakannya."

"Kalau begitu," kata wanita tuan rumah,"Mulailah makan benda tu sekarang. Rumah kami belum punya elektrik."

Saturday, December 15, 2012

Pertengkaran Suami Isteri


Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.

Suami: "Kenapa?"
Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!"

Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.

Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?"

Hehehe...

Friday, December 14, 2012

Kuih Hijau


Sudin : bang,ada kuih hijau?
Penjual : maaf dik, sini tak jual kuih hijau..
(Keesokannya Sudin datang lagi)
Sudin : ada kuih hijau, bang.?
Penjual : Tidak ada.!!!
(Keesokannya lagi, Sudin datang lagi)
Sudin : kuih hijaunya dah ada, bang.??
Penjual : Tak ada.!! besok kalau kamu tanya aku kuih hijau lagi, aku ikat kamu, lepastu aku paku kamu kat pokok seberang jalan sana tu..faham!
(Sudin terfikir sesuatu, sambil mengangguk2 kepalanya lalu terus pulang tapi besoknya Sudin datang lagi)
Sudin : bang, ada tali.?
Penjual : haaaa...mcm tu la.. tanya yg lain....tapi sorry, tali tak ada.. :p
Sudin : paku bang,?
Penjual : pun tak ada.. :p
Sudin : oh alhamdulillah… bang ada kuih hijau..?? (Caboot lariiiiii...)
Penjual : GRRRRRR!!! %^%$%$#$@$%!

Thursday, December 13, 2012

Burung Kakak Tua vs Ahli Silap Mata


Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi trik yang sama.

Masalahnya adalah: Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu penipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata .

Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.
“Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!”
“Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!”
“Hey… semua daun terupnya,daun A !! “
Ahli silap mata amat bengang tapi tidak dapat berbuat apa-apa.

Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.Ini berlangsung berhari-hari.Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata “OK… saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??”

Saturday, December 1, 2012

Peringatan untuk Semua



Hanya peringatan sesama.

Buat lah sesuatu yg memberi kita manfaat & pengajaran..tetapi bukan :::

1) Bukan utamakan harta benda hingga trpaksa mgorbankan kesihatan,kebahagian, tidur nyenyak dan ketenangan hati anda.

2) Bukan dengan mencari kesalahan org lain,tanpa melihat kesilapan sendiri.

3) Bukan tenggelam dengan hawa nafsu tanpa kawalan.

4) Bukan dengan org yang mgisi waktu dengan sesuatu yg tidak brguna dan hanya berapa saat dengan sesuatu yg faedah.

5) Bukan mengabaikan kebersihan tubuh badan,rumah, lupa memakai wangian dan enggan mematuhi arahan.

6) Bukan dengan brmcm2 minuman haram, rokok dan syisyah,sesuatu yg mndtgkn keburukan.

7) Bukan dengan mengingt musibah lalu dan kesalahan lampau.

8) Bukan dengan melupakan Akhirat kerana leka akan duniawi.

9) Bukan dgn menghabiskan wang kearah sesuatu yg haram.

Mudah - mudahan kita sentiasa mengubah diri kearah yg lebih baik. InsyaAllah.... :)