Tuesday, April 2, 2013

Tarikh Pembubaran & Pilihanraya Umum - 13 (2013) PRU 13


PETALING JAYA: Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 22 April depan jika Parlimen masih belum dibubarkan sebelum tarikh itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penetapan tarikh tersebut dibuat agar tiada lagi persoalan mengenai tarikh pembubaran Dun Selangor.
“Jika kerajaan persekutuan tidak mengisytiharkan parlimen dibubarkan sebelum atau pada 22 April maknanya kerajaan Selangor akan bubar pada hari tersebut.
"Tarikh Pembubaran Automatik Dun Dan Parlimen Malaysia (PRU13) | Parlimen penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 30 April 2013 ini dan Dun Negeri Sembilan pula merupakan Dewan pertama yang terbubar sendiri iaitu tengah malam tadi, 28 Mac 2013."

Parlimen bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum dilihat mungkin berlaku hanya selepas minggu kedua pada April apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan menunaikan umrah pada minggu depan.

Sumber berkata, Perdana Menteri dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 3 April selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet akan datang dan mengambil bahagian dalam acara berbasikal di Putrajaya.

Beliau dijangka pulang dua hari selepas itu.


KUALA LUMPUR 2 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersedia untuk menghadapi pembubaran Parlimen walaupun esok kerana agensi itu mempunyai masa selama 60 hari untuk menetapkan tarikh pembuangan undi.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, dalam tempoh tersebut SPR akan membuat ketetapan bagi menentukan tarikh pengundian selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat memaklumkan kepada suruhanjaya bahawa dewan telah terbubar bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Mandat tempoh lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 akan berakhir pada 30 April ini tetapi SPR sudah bersiap sedia awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 pada bila-bila masa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan secepatnya esok bagi membolehkan PRU-13 dilangsungkan. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment