Tuesday, July 27, 2010

Bintang2 Kecil Skuad Kenari

KEDAH muncul juara berganda pada edisi ketiga Piala Liga Menteri Pelajaran 2010 (MELC) selepas menewaskan Terengganu (bawah 14 tahun) dan Pahang (bawah 17 tahun) dalam perlawanan akhir di Stadium Darulaman, kelmarin.

Dalam B-14, tuan rumah menewaskan Terengganu 3-2 sebelum B-17 turut hebat menundukkan Pahang 2-1.
Kemenangan dalam saingan liga sekolah paling kompetitif bagi musim 2010 menjejaki pencapaian Selangor pada 2008 dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, tahun lalu.


Pelawat terlebih dulu mencemaskan B-14 Kedah apabila menemui sasaran pada minit ke-18 menerusi Muhd Akram Asidi tetapi tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi Muhd Ariff Farhan Mohd Isa pada minit ke-35.

Selepas rehat, Kedah meningkatkan rentak permainan dan Muhd Fitri Che Hassan menggegar dua kali pada minit ke-45 dan 47 untuk mendahului selesa 3-1 sebelum Muhd Akram merapatkan kedudukan pada detik akhir permainan.

Saya tidak mahu pemain mengambil masa terlalu lama untuk menyamakan kedudukan, mereka membuktikan komitmen tinggi sebagai satu pasukan - disiplin dan memahami antara satu sama lain, kata ketua jurulatih Kedah, Basirul Abu Bakar.

Jurulatih Terengganu, Zainudin Mohd Zain dari Sekolah Sukan Bukit Nenas pula berkata: Kedah berhak menang kerana lebih tersusun. Kami cuba sedaya upaya tetapi mereka bertahan dengan baik walaupun menerima asakan.

Credits to BH

No comments:

Post a Comment